Monday 27 May 2013

Sahabat itu Anugerah Ilahi...


Kita ini hanya insan biasa jea jadi akan memerlukan pihak lain dalam kehidupan kita.. dan akan ada satu saat kita tetap perlukan orang lain selain diri kita.... Oleh sebab itulah, Allah hadirkan sahabat dalam hidup...

Apa itu sahabat??

Sahabat itu orang yang cuba untuk ada di sisi saat susah mahupun senang. .
Sahabat itu orang yang cuba untuk membantu mengikut kemampuan dirinya. dikala sahabat lain memerlukan bantuan..
Sahabat itu orang yang  rasa apa kita rasa....
 Sahabat itu orang yang tak sampai hati tengok kita disakiti dan dilukai...
 Sahabat itu orang yang akan hulurkan tangan untuk kembali bangkit melangkah bersama saat kita jatuh dan rebah lemah. Akan ada..

Kenapa perlu ada sahabat??

Kerana sahabatlah,,, yang amat memahami perangai kita, kerenah kita, mood kita, hati kita, perasaan kita dan segalanya tentang kita...  

Walaupun kadang-kadang ada yang sakit hati akibat daripada kata-kata.. 
Walaupun kadang-kadang berlaku perbalahan tidak sefahaman dalam menyuarakn pendapat..
Walaupun kadang-kadang gaduh benda kecik jeaa...

tapi 

yang indahnya kita gaduh nak bergegar dunia sekali pun tapi pasti persahabatan itu akan pulih..sebab kasih sayang antara kita dah macam adik-beradik.. Berkawan dari sekolah rendah hingga sekolah menenggah hingga naik fom 6... pergi sekolah sama-sama, naik basikal sama-sama, makan sama-sama, kena marah kat cikgu sama-sama.. nak katakan zaman sekolah kita semua sama.. kn..kn..kn.. awak2!!


Jadi, bila saya bagitahu awak sahabat saya, saya nak masuk syurga dengan awak semua.. berpimpin tangan menuju JANNAH-NYA bersama-sama..  

Apa yang harus ana buat???

Jadi, ana akan berusaha sedaya upaya untuk tidak menyakiti hati kalian, untuk tidak mengguris perasaan kalian... Berusaha untuk sentiasa ada di sisi kalian di saat kalian memerlukan mahupun hanya untuk mendengar cerita bahagia atau sedihmu... Sentiasa tegur dirimu saat kamu tersasar dan bersama mengajak dirimu melakukan kebaikan. Walau sukar, namun, ana akan cuba untuk lakukan yang terbaik untuk persahabatan kita nie... 

Sekarang ana rasa ana bahagia sesangat melihat kalian.. andai perpisahan bulan september ini berlaku ana tak risau melepaskan kalian  kerana kalian dah mampu bawak diri masing-masing...


nie untuk awak :-

"Kalau dulu awak jenis tudung main pakai jeaa tanpa ikut syariat sekarang dah mula pakai tudung labuh...
Kalau dulu awak seorang yang couple-couple sekarang dah putus siap cakap lagi InsyaAllah saya yakin dengan jodoh dari Allah...
Kalau dulu awak yang jenis tidak menjaga ikhtilat tapi sekarang dia amat berhati-hati dalam menjaganya dirinya dari lelaki...
kalau dulu awak jenis yang cakap hentam jea tapi sekarang awak cakap lemah lembut sangat.. kata-kata sentiasa mengingati Allah...


SubhanaAllah.. Benarlah, hak untuk memberi hidayah kepada hati-hati manusia ini hanyalah Allah sahaja dan tentukan untuk insan yang dipilih untuk dikurniakan encik TAUFIQ dan makcik HIDAYAH dariNya.... 


Dan demikianlah pula Kami menurunkan AL-Quran itu sebagai ayat-ayat keterangan yang jelas nyata dan sesungguhnya ALLAH memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan dan undang-undangNya)
( surah al-hajj, ayat 16 )

Hanya Allah yang tahu perasaan melihat sahabat seorang demi seorang makin berubah ke arah kebaikan. Dan Allah letak kita sebagai saksi hijrah dirinya. Allahu~ Allah jualah yang menghadirkan hidayah buat dirinya, cuma mungkin Allah gunakan kita sebagai medium penguat semangat buat dirinya. Allah hadirkan kita sebagai penggerak keinginan dan kemahuannya. Allah hadirkan kita untuk pegang tangannya dan terus melangkah saat dirinya dicemuh dan dicaci. Allah hadirkan kita untuk kita sampaikan padanya, dia sentiasa punya kita dan Allah di sisi. Allah hadirkan diri kita untuk mengingatkannya redha Allah yang dikejar dan bukan benda lain. Allah hantar kita... 

Dan mungkin Allah hadirkan kalian pula untuk melakukan yang sama buat diri ana.. :)

Moga kita akan bersama ke syurga sana... Moga ukhwah ini adalah salah satu pembantu kita untuk ke syurga.  Andai kau tergelincir ke neraka, moga sahabat ini menjadi saksi kebaikanmu terhadap dirinya. Inshaa Allah, moga berjiran di jannah-Nya jua...

Sahabat, maaf anda diri ini pernah menyakiti... Sungguh, diri ini manusia penuh khilaf. .. Apalagi andai diri ini pernah melukai sengaja ataupun tidak... Ampuni diri ini kerana takut kelak di mahsyar aku mencarimu tidak kejumpaan untuk kumohon ampunanmu. Moga ukhwah kita Allah redhai sebagai saham akhirat ke syurga-Nya, inshaa Allah :) teruskan langkah menggapai redha-Nya. Andai jatuh, ketahuilah aku di sini denganmu dan aku tahu kau juga begitu *hearts*

Salam ukhwah, Uhibbukum fillah LILAHI TAALA.. ^_^


Tinta mujahidah berhenti disini dulu.. InsyaAllah.. tinta ini akan bersambung lagi..
Salam mujahadah dari Si Mujahidah.. ^_^

No comments:

Post a Comment