Thursday, 9 May 2013

Ahlan Wa Sahlan....

Assalamualaikum ......Segala Puji Hanya Bagi Allah Azza Wajalla , Maha pemurah lagi Maha Penyayang, Segala yang dikehendakiNya berlaku pasti terjadi dan begitu sebaliknya, Tuhan yang Maha Perkasa lagi menguasai Arasy yang agung, Tiada lah daya upaya kami melainkan Allah yang Maha Agung, Dan selawat dan salam semoga dilimpah dan dicurahkan oleh Allah s.w.t. kepada junjungan besar kita KekasihNya Sayyidina Muhammad s.a.w. ...Rahmat sekalian alam, asbab terbesar hubungan hamba dengan TuhanNya, Ya Allah tempatkan lah Junjungan kami ke tempat yang terpuji seperti mana yang telah Kau janjikan Amin...


Alhamdulillah, dengan kehendakNya, dapat juga ana mempunyai blog ni. Dengan bantuan seorang sahabat akhirnya blog ini tercipta... Syukran Jazilan ukhti Miss Fatihah kerana dengan bantuan dia ana dapat menulis dalam blog ana sendiri... InsyaAllah ana akan cuba memasukkan infomasi yang berguna dari masa ke semasa.. First time,  menulis bicara di sini berasa sangat gembira kerana blog ini dah mula terisi ... Semoga kehadiran blog ini akan menjadi satu wadah untuk ana meneruskan dakwah tanpa henti...

Bicara sedikit tentang ana yeaa,,,, 

Alhamdullilah,,, Ana hanya seorang yang sederhana, suka berkawan dengan sesiapa sahaja selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam... Ana sekarang dalam proses berubah menjadi lebih baik dalam meniti hari-hari yang penuh dengan onak duri kehidupan.. Bantulah ana dalam proses penghijrahan ana ini... Wujud nya blog ini untuk berkongsi serba sedikit ilmu sama ada yang ana buat sendiri atau yg ana copy dari insan-insan yg sudi berkongsi ilmu. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Akhir kata yg buruk datang dari ana sendiri dan yang baik itu datang dari Allah S.W.T. segala kesilapan ana jangan malu-malu untuk menegur...

Tinta mujahidah berhenti disini........Hingga pena menari kembali....
Salam Perjuangan dari Si Mujahidah..


4.26 p.m
9/5/2013... ^_^


2 comments: