Tuesday 26 November 2013

Ikhtilat ?? Terjagakah ?? :)

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdullilah wa syukurilah dengan izin Allah mampu untuk terus menghirup udara di muka bumi ini sebelum berangkat pulang ke kampung abadi.. Apa khbarkah iman kalian ?? sihatkah ?? sakitkah ?? sama-sama kita jaga iman agar sentiasa sihat dalam redha-NYA.. Allahuma ameen.. Sudah lama tidak menulis di sini.. Hati terpanggil-panggil untuk menulis tapi masa selalu cemburu tidak mengizinkannya. 

Namun, hari ini hati berkeras untuk menulis sesuatu dan mencuri sedikit masa untuk menconteng sesuatu di sini. "sesuatu" yang dalam dua tiga hari ini saya terlalu memikirkannya. Hati rasa terpanggil , tangan mula merayap untuk menaip..



Apakah ??

Tinta ini saya tulis dari hati ke hati untuk muslimah yang saya sayang kerana Allah...

Sebenarnya hati ini tersangat risau dan gusar melihat ramainya kini akhawat yang menggunakan alasan "bertunang" atau pon ada yang gunakan alasan "cinta islamik" untuk bercampur lelaki dengan perempuan sewenang-wenangnya berkomunikasi dengan lelaki tanpa ada sebab musabab yang benar-benar kuat.

Allahu, Lillahi saya teramat risau akan fenomena ini..

Katahuilah sahabat, matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Walaupun isu ini kelihatan agak lebih baik dari sedikit dari couple yang berpegangan tangan dan "berdating" namun yang haram tetap akan haram selamanya. 

Jelas dalam Kalam-NYA surah Al-Isra ayat 32 :

" Dan janganlah kamu MENGHAMPIRI ZINA, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat ( yang membawa kerosakkan)" 

Mendekatinya sahaja sudah diberi amaran inikan pula jika terjebak. semoga saya dan kalian dijauhkan.. Nauzubillah ~~



Lagi pilu bila yang terjebak dalam masalah ini si dia yang berserban, si dia yang sentiasa bejubah, si dia yang bertudung labuh, si dia yang berpurdah. :'( inikah cinta yang kalian katakan cinta islamik.. Islamik yang hanya pada pakaian tapi tidak pada hati. 

Bermula dengan hanya laman sosial, bertukar-tukar pandangan tentang agama , naik taraf mesej prihatin dan nasihat, berpindah kepada ungkapan "sayang" dan perhatian. Hati mula rindu untuk bertemu. Perasaan cinta mula terbit. maka dijadikan sebuah pertunangan untuk menghalalkan segalanya... 

Berkomunikasi tanpa batasan..
Panggilan sayang segala bagai..
Bertukar-tukar gambar..

Allahu ~~ :'(

Bagaimana para srikandi sekalian?
bolehkah budaya ini?
adakah benar budaya ini?
walau hanya di alam maya,
dimana malumu wahai muslimah ??

Dirimu selalu membicarakan mengidamkan syurga, adakah ini jalan untuk mengapai syurga ?? 

Muslimat yang ana sayang kerana Allah, nasihat ana jangan terlalu fikirkan mengenai jodoh. Kita dihidupkan bukan semata-mata untuk mencari jodoh tetapi ia lebih daripada itu. Hidup ini untuk mencari MARDHATILLAH (Redha Allah)..  Cuba bayangkan disaat kalian kemaruk dengan cinta ini tiba-tiba Allah tarik nyawa dengan serta-merta.. apa nak jawab dengan Allah nanti ?? 

Andai dia sekarang sentiasa di samping kamu tapi belum pasti lagi dia yang akan menjadi milik kamu selamanya. Jangan jadikan asbab sebuah pertunangan untuk menghalalkan segalanya. Andai sudah bertunang sekalipun ada batasan yang harus kalian jaga. Sebuah pertunangan belum tentu akan berakhir dengan sebuah perkahwinan. Jarakanlah perhubungan !! 

Melalui pemahaman ana,percampuran antara lelaki dan perempuan itu hanya boleh sebatas urusan penting, contoh, soal ilmiah, perniagaan, jual beli..dan lain-lain urusan yang memang perlu komunikasi antara lelaki dan perempuan.




KALAU BENDA ITU HARAM, IA TETAP HARAM.. YANG HALAL ITU JELAS DAN YANG HARAM ITU JUA JELAS !!

Sebenarnya dalam tidak sedar, dalam asyik mengejar cinta Ilahi kamu telah membaluti dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan. Cinta manusia yang tidak mempunyai dasar yang kukuh. Selesakan cinta dengan iman tetapi iman yang mengajak kepada maksiat. Benar, kamu tidak pernah berjumpa, berdating seperti pasangan remaja yang lain tetapi maksiat tidak hanya dengan berjumpa..

Memang tiada hadis menyatakan zina hati tetapi jelas dalam kalam-NYA "La Taqrabu Zina".. Bukankah mempunyai perasaan cinta pada yang belum halal itu akan mendekatkan diri pada zina.. yakinlah wahai muslimat sekalian, andai jodoh kalian untuk bersamanya InsyaAllah kamu pasti akan bersama.. Percayalah soal jodoh ini adalah hak Allah. DIA boleh buat apa yang DIA suka. Mungkin menurut kamu si dia adalah yang terbaik. Tapi ketahuilah itu hanya dipandangan kamu bukan dipandangan Allah. 

Kalian fikir saya tiada perasaankah ?? saya jua seperti kalian.. cinta ini fitrah untuk kita terutamanya muslimat tapi jangan sampai ia menjadi fitnah dunia buat diri kita.. 

Bukan tiada perasaan tetapi kerana menjaga..
Bukan menyombong diri tetapi menjaga hati...
Bukan kerana sudah berpunya, tetapi khuatir tidak kuat 'jaga emosi'.
dan hidup ini bukan hanya untuk mencari jodoh tetapi matlamatku meraih cinta-NYA.. 

Andai tiada di dunia moga si syahid sedang menunggu di jannah-NYA.. 

dan saya percaya kepada janji Allah..

"Lelaki soleh untuk wanita solehah" 

Diri ini sedang mujahadah untuk menjadi solehah tetapi keutamaanku bukanlah untuk mendapatkan si soleh semata-mata tetapi membaiki diri agar sentiasa di landasan-NYA... 

Pesanan akhir :

Kita manusia biasa yang dikurniakan nafsu dan cinta. Allah menciptakan rasa cinta dan nafsu bersama-sama dengan batas pergaulan buat hamba-hamba Nya kerana Dia tahu apa kelemahan dan kekuatan yang terletak tiap pada ciptaan-Nya.

Lelaki yang soleh..
 Takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut.. Andai tiada di dunia pasti bidadari syurga yang akan menanti

Wanita solehah yang cantik kerana akhlak & budi pekertimu..
Jangan sekali-kali kau gadaikan segala apa yang Allah telah kurniakan untukmu hanya untuk menarik perhatian lelaki-lelaki diluar sana. Mahkota kau hanya satu. Hanya satu untuk dipelihara dengan sebaiknya! Dirimu bukannya bahan tontotan ramai lelaki untuk penyedap nafsu. Dirimu hanya untuk seorang lelaki! Seorang lelaki yang bergelar suami.. Simpanlah ia sebaik mungkin.. 


Jika ana salah, mohon dibetulkan, tegur diri ini.. sekadar berkongsi apa yang dirasakan kini..moga Allah redha dengan perkongsian ini...insyaAllah.. Allahuma Ameen~

SAAT AKU MENYAMPAIKAN KEBAIKKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT. TETAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU. MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN BUKAN MENCARI KEKURANGAN CERMIN NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULAKAN AGAR LEBIH BAIK DENGAN *perantaraan cermin*


Wallahua'lam.. :)



Tuesday 17 September 2013

Tarbiyyah Baru, Bumi Sintok...



Alhamduillilah wa syukurillah.. Genap sudah 2 minggu berada di hutan batu bumi Sintok... Banyak benda yang ana belajar sepanjang di sini.. sekarang ana sudah petah tinggal di sini.. Ini adalah permulaan yang baru untuk 3 tahun lebih lagi untuk berada di sini..

Setelah 2 minggu kehidupan di kampus, 
Susah senang yang tak bisa diungkap dengan kata-kata, 
Ragam dalam bersahabat, 
Cabaran dalam memahami keadaan geografi disini, 
Sibuk dengan program..

Namun Alhamdullilah,

Allah ganti itu semua dengan sesuatu yang INDAH.. 
Dakwah dan Tarbiyyah yang baru bermula untuk diri ini..

Ku temui ukhuwah yang baru di sini.. 
Ku kenali jemaah yang hebat di sini... 
Ku rasai biah islamik di sini...
Ku rasakan ketenangan di sini...

Pagi-pagi di sini teramat memberikan damai di hati..
Jauh dari kesibukkan kota,
Kicauan burung seakan menyanyikan lagu,
Hutan yang menghijau menyejukkan mata,

Kini, ana akui ana telah jatuh cinta..
Jatuh cinta pada sesuatu yang tidak ana suka pada mulanya..
UUM ,,, The University of Tarbiyyah..

Alhamdullilah, sekarang Allah mula hadirkan perasaan cinta ini...
Moga cinta ini dipenuhi dengan Dakwah dan Tarbiyyah...

Semoga semuanya ini menjadi saham di akhirat kelak.. 
Sem0ga tidak menjadi sekadar debu - debu berterbangan..

Moga Allah redha,
Moga Allah kasih,
Moga Allah pandu setiap langkahan,
Moga sentiasa dalam peliharaan Allah swt.. 
ameen.. ameen.. ameen..

# At-Tarbiyah Fi Aidikum, Fi Aidikum Faqad Tarbiyyah di tangan kamu dan hanya ditangan kamu ....


Friday 26 July 2013

Tarbiyyah Melalui Ziarah ....


Bismillahirrahmanirahim...

Pengalaman adalah tarbiyyah yang paling oshemm sekali... Kamu tak akan dapat selagi kamu tak merasainya...

Alhamdullilah !! Allah sentiasa hantarkan pengalaman dan orang-orang yang hebat dalam hidup ini... Berat meninggalkan majlis ilmu di masjid muhammadi tapi Allah ganti majlis ilmu di dalam kereta dengan 2 orang akhawat lagi semasa ke Machang... dan Allah mentarbiyyah diri ini dengan cukup hebat hari  tu..

Meninggalkan program di Masjid Muhammadi untuk ke sini, Machang yang ambik masa dalam 1 jam lebih dari bandar Kota Bharu... mulanya agak berat hati nak tinggal majlis ilmu di sana tapi Alhamdullilah Allah ganti dengan hantar tarbiyyah melalui pengalaman ini... Perjalanan 1 jam lebih ke sana dengan 2 orang lagi akhawat kak Asma Suardi dan kak Sue AL-zahra dipenuhi dengan ilmu juga.. saling-saling bertukar pendapat dan pandangan mengenai Dakwah dan Tarbiyyah !! sungguh banyak ilmu yang saya dapat kutip...

Walaupun agak tersesat pada mulanya untuk mencari rumah ini namun Alhamdullilah dapat jumpa jua.. 

Dari jauh kelihatan seorang makcik sedang menunggu kami dengan senyuman di pintu rumah... 
Yeaa.. kami tahu makcik, disebalik senyuman itu diselit sebuah kesedihan...
Namun, dirimu tetap tersenyum dan menyambut kami dengan senang hati...
Bukan mudah untuk seorang ibu tunggal membesar 4 orang anak dengan hanya berkerja sebagi penoreh getah...
Sungguh dirimu teramat tabah !! 
Sungguh dirimu teramat kuat makcik !!




Disaat kaki mula melangkah memasuki rumah ini kelihatan seorang akhawat "kak asma" dah tak mampu menahan air mata dari keluar.. terdengar esak-esakknya... ketika itu ana masih tahan air mata ini dari jatuh... setelah berbual kami melihat kondensi rumah... Allahurabi ~~ rumahnya agak teruk dimakan anai-anai.. berlubang sana.. berlubang sini.. 








ketika kak asma tengah tengok rumah ada satu penjuru rumah di letak bantal..
"kenapa letak bantal kat sini" kak asma

"nak tutup lubang takut ada orang nampak" jawab makcik


bila ditanya ;

"kalau kami bawak makcik pergi beli barang dapur nak tak?? "
"apa barang dapur takde kita pergi beli??"

dengan titisan air mata dia jawab :
"barang dapur takdop.. beras pon takdop"
"makcik x rajen mintak dengan orang.. biar susoh pon.. makan wt mana ado"
"kijo noreh getoh time tak hujan tak polaa bulih laa dalam RM 50 seminggu kalu time hujan gak takdop laa"

saat itu ketika itu ana tak dapat lagi tahan daripada air mata terus mengalir... Allah ~~ t_t

Bila bawa si anak ke pasarraya di bandar Machang untuk beli barangan dapur, masuk pintu pasarraya dah mula di jual baju-baju raya...



kak sue tanya :

"dah beli baju raya tahun nie ??"

dengan senyuman dia jawab "pakai yang tahun lepas jeaa" *kak sue mengalirkan air mata*

# Allah !! Allah !! Allah !! T_T Kami meninggalkan rumah ini dengan satu misi untuk membaiki rumah mereka.. Jadi, buat kita yang hidup dalam keadaan yang cukup bersyukurlah dengan apa yang kita ada.. Sentiasalah lafazkan Alhamdullilah tapi jangan di bibir sahaja tetapi di hati dan perbuatan jua...

Disaat kita hidup dengan penuh kemewahan masih ada yang hidup dalam kesusahan...
Disaat kita hidup dengan serba kelengkapan masih ada yang hidup dalam serba kekurangan...
Disaat kita berbuka dengan penuh hidangan dimeja masih ada lagi mereka yang tiada makanan untuk berbuka...
Disaat kita tidur dengan lenanya di saat hujan masih ada mereka yang gelisah takut rumah runtuh...
Disaat kita sibuk membeli belas membuat persiapan raya masih ada mereka yang berkata "pakai yang tahun lepas jea"

DIMANAKAH KITA DISAAT MEREKA MEMERLUKAN ???

HULURKANLAH SEDIKIT SUMBANGAN MESKIPUN HANYA RM 1 !!


"Sesiapa yang menghilangkan kerunsingan saudaranya, Allah SWT akan menghilangkan kerunsingannya di akhirat kelak.." - Maksud Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Sesungguhnya yang disedekahkan itulah duit kita yang sebenar.... Jadi, jangan pernah takut untuk menginfaqkan duit kita kepada orang lain walaupun dalam kuantiti yang sedikit.... Alhamdullilah, semoga Allah berkati kalian yang telah menghulurkan sumbangan... Allahuma ameen !!

"Dan ingatlah ketika Rabb kamu berkata: sekiranya kamu bersyukur, maka akan Aku tambah(nikmatmu), dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab Aku amat pedih." Surah Ibrahim ayat 7

Alhamdullilah wa syukurillah...

Yakin dengan Allah pasti pertolongan dari-NYA akan sampai... saat ini pungutan sumbangan telah mencapai RM 1000 lebih hasil sumbangan sahabat-sahabat Fb yang baik hati... Alhamdullilah !! InsyaAllah.. hasil sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk membaik pulih rumah ini yang dihuni oleh seorang ibu tunggal bersama 4 orang anak yang masih bersekolah.. Hampir seluruh papan rumah telah dimakan anai-anai dan hampir roboh.. Pembaikan rumah ini amat memerlukan kos yang tinggi...

Jadi, buat sahabat yang baik hati yang yang mahu turut serta membantu menghulurkan sumbangan, boleh PM ana... Sumbangan RM1 juga kami terima... Mohon bantu sebarkan pada sahabat-sahabat ya..

Jadi, buat sahabat yang baik hati yang yang mahu turut serta membantu menghulurkan sumbangan, boleh PM ana... Sumbangan RM1 juga kami terima... Mohon bantu sebarkan pada sahabat-sahabat ya 









Thursday 18 July 2013

Puasa Tapi Tak Menutup Aurat ??


Bismillahirrahmanirrahim.... 
Alhamdulillah pejam celik pejam celik sudah masuk 9 hari kita berpuasa. Maknanya sekarang kita telah berada dalam fasa kedua dalam bulan Ramadhan ini... Haahh !! Jadi macam mana mutabaah amal masing-masing  o.k kerr k.o ?? harap-harap semua masih istiqamah.. Hanya orang yang istiqamah sahaja yang akan mampu berada dan melalui pertengahan dan sampai ke penghujung bulan Ramadhan ini dengan penuh himmah.. InsyaAllah..

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Nabi Muhammad bersabda ; "Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu" (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Dalam kemeriahan kita menyambut Ramadhan bagaikan ia bulan pesta ibadah.. Dalam bulan ini dapat kita lihat masjid pasti penuh terutamanya belah malam... Namun demikian, tidak kurang jua bulan ini dianggap bulan pesta makanan,,, Yelaaa... try gi bazar ramadhan makanan yang takde dalam bulan lain ada masa tu... macam-macam jenis.. macam-macam warna.. macam-macam bentuk.. macam trademark astro dah !! "macam-macam ada" Kadang pelik tengok makanan yang banyak sangat dijual dan habis dijual..


Bercerita pasal bulan Ramadhan ini ana teringat dengan satu pandangan ikhwan nie yang bagitahu tak sanggup dah nak pergi bazar Ramadhan sebab ramai perempuan yang tidak menutup aurat !! Ermmmm~~ :'( yupp,, memang diakui teramat betul apa yang dikatakan.. 

Aduhaiii ~~ PUASA tapi TIDAK MENUTUP AURAT !!
PUASA = WAJIB
MENUTUP AURAT = WAJIB

Kedua-duanya wajib... tapi sayang yang dia tahu PUASA tu jea yang wajib !! Teramatlah sayang berpuasa tapi tidak menutup aurat.. puasanya sah tetapi tiada pahala jadi puasa itu sekadar menahan dahaga dan lapar dan tiada function kerana tidak menutup aurat...

Diri ini bukanlah sempurna sangat dan yang selayaknya berkata-kata dalam hal ini kerana ana jua dalm proses penghijrahan ini tapi  mencuba untuk menyampaikan apa yang Allah suruh dan mencuba untuk menyampaikan dakwah walaupun hanya sedikit.  Sudah jelas dalam Al-Quran, Allah menyuruh hamba-Nya menutup aurat, .
“Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi, pakaian takwa, itulah yang lebih baik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat.” (Al-A’Raf: 26)


Mungkin perkara ini kurang pendedahan umum.. Mungkin yang dah tahu tapi buat-buat tak tahu.. Mungkin ada yang sedang ingin berubah tapi takut.. Mungkin dan mungkin !!

Sifir mudah kenapa wanita kena tutup aurat ;

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Ditilik !! Diperhati !! Disentuh dan sampai satu tahap Dicuri !! Tapi andai ia disimpan rapi ditempat yang tertutup semuanya akan selamat malah akan lebih berkilau dari yang terdedah !!
Yeaa !! awak kaum hawa ibarat EMAS dan PERMATA itu..

Buat muslimat yang ingin berubah... JAngan takut !! Teruskanlah langkahmu untuk berhijrah.. Jadikan Bulan Ramadhan sebagai turning point untuk menutup aurat sesempurna mungkin.. Jangan hiraukan apa yang manusia nak kata.. Kerana ketahuilah ada pandangan yang lebih penting daripada tu iaitu PANDANGAN ALLAH.. Sampai bila kita nak takut dengan kata-kata manusia nie sampai syariat Allah tergadai gitu jeaa..Marilah berubah wahai kaum hawa. Tutuplah aurat dengan sempurnya. tak usah lah nak buka sini buka sana.
Takutlah pada azab Allah. Cuba tutup aurat dengan sempurna, insyaAllah akan ada perubahan yang baik terhadap sesuatu yang lain.... Ayuh, jadikan Ramadhan satu titik permulaan ke arah yang lebih baik untuk hari mendatang..  Jadikan Ramadhan ini bukan hanya menjaga perut  bahkan turut menjaga mata, telinga, lidah, aurat dan segala-galanya.. InsyaAllah, Allah akan menjaga hati dan iman kita. Allahuma Ameen !! ^_^















Tuesday 16 July 2013

Saat keputusan dah di tangan...



Bismillahirrahmanirahim...

Alhamdullilah... hari yang ditunggu telah tiba.. setelah 7 bulan penantian itu akhirnya terjawab... Segalanya terjawab di mana kaki ini akan melangkah pada bulan Setember ini... Disaat keputusan sudah diketahui sungguh diri ini akui timbul rasa sedih dan cemburu... Sehinggakan mengalirkan air mata.. Allahurabi~~ adakah diri ini tergolong dalam kalangan orang yang tidak bersyukur dengan nikmat-NYA...Nauzubillah ~~ =(

Disaat keputusan sudah ada ditangan...
Deraian air mata mengalir..
Bukan tidak bersyukur dengan kurnia-MU Ya Allah..
Cuma terbit rasa risau dan takut...

Bakal meninggalkan bumi kelantan ini...
Bakal meninggalkan tarbiyyah di sini..
Bakal meninggalkan akhawat yang ana sayang...
Sungguh tak kuat kaki ini untuk melangkah memikirkan segala yang ada disini..

Teringat pesan beberapa akhawat...

"ana bukan tinggalkan semua nie cuma ana perlu ada stategi"
"takpe ana, kami kat sini akan bantu team sebaik mungkin"

Alhamdullilah... setelah membelek kalam-NYA hati ini makin tenang... sepotong ayat menjadi pengubat duka..
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" 

(Surah Al-Baqarah, ayat 216) 


Ana yakin sekarang Allah sedang bukakan lorong ini seluas-luasnya untuk tambah pahala..
Dihantar di tempat yang tidak disukai memang sedih tapi insyaAllah aturan-NYA pasti indah belaka... Jadi, ia memerlukan mujahadah yang kuat..

Moga saya kuat !!! Moga saya tabah !! InsyaAllah...

Jangan bersedih, Kekasih pilihan Allah itu pasti sentiasa dihadiahi dugaan untuk bukti hebat tanda KasihNya... Jalan dihias dengan duri-duri luka dan tidak dibiarkan lena sedkitpun dalam nikmat melimpah.. Tapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah.. Alhamdullilah..

# Surah Al-Baqarah ayat 286 pula memujuk hati... Alhamdullilah.. 

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".



Surah Al- Baqarah ayat 286


-----------------------------------

Pada Sabtu yang lepas ada usrah dengan akhawat dan naqibah kami adalah lepasan UUM.. Dia seorang yang ana amat kagum dalam medan dakwah nie.. kata-kata dari kakak naqibah yang juga lepasan UUM masih bermain dalam fikiran.... 

Dia bagitahu " semua orang tengok macam tu jea UUM tu sebenarnya tapi bagi akk UUM tu adalah "Universiti Ulama Malaysia".. Jangan sedih !! pergi sana bes aktiviti dakwah kat sana memang aktif.. purdah pon boleh pakai tapi kena pandai-pandai laaa..

Alhamdullilah,,setelah dibasuh dengan kata-kata darinya diri ini makin yakin untuk melangkah..

InsyaAllah.. ini adalah aturan yg terbaik dari-NYA !! 
InsyaAllah... ini adalah aturan yang indah dari-NYA !! 

Melepaskan apa yang ada di Kelantan buat seketika untuk dapatkan tarbiyyah yang baru... Moga hasrat hati yang dah 2 tahun terpendam selama ini setelah mengenal tarbiyyah akan tercapai di tempat baru.. insyaAllah.. ameen... 
Moga Allah permudahkan kaki ini untuk melangkah.. melepaskan segala disini dengan mudah.. InsyaAllah tak lama hanya 4 tahun jea.. mencari sesuatu untuk bawak balik sesuatu yang berharga nanti.. insyaAllah...meskipun jauh insyaAllah ia tetap dekat... 




TEAMHIJRAH KELANTAN.. <3
INTAFF ... <3
International Affairs Management <3

Tuesday 9 July 2013

Marhaban Ya Ramadhan...




Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdullilah !! Allah masih lagi memberi ruang dan peluang kepada kita semua untuk terus menghirup udara segar dan nyaman di atas muka bumi ini.. Macam mana persiapan menyambut kehadiran Ramadhan?? Biasa atau luar biasa ?? Jadikanlah Ramadhan kali ini luar biasa dari tahun sebelumnya dengan mengambil ruang yang ada pada bulan Ramadhan yang berkat ini untuk mendekatkn diri kepada Pencipta.. 

Ramadhan Oh Ramadhan...

Setiap tahun pasti akan datang lagi ! Pastinya tidak dapat lari.. Bezanya cuma adakah kita terus sama melalui detik-detik Ramadhan kali nie seperti tahun-tahun sebelumnya ?? Atau biasa-biasa jeaa?? Atau adakah Allah kurniakan hidup kita cuma setakat ini sahaja..

Jadi, bagaimana ?? Adakah Ramadhan kali ini untuk kita?? Moga Allah sampaikan Ramadan tahun ini buat kita sehingga penghujungnya... ameen.. Allah humma balighna fi ramadhaan :') Menghitung bilangan jam jea menanti Ramadhan... Yaa,, Ramadhan itu dekat tapi kematian itu jauh lebih dekat... Jadi,
jika kita berkesempatan merasai Ramadhan kali ayuh bangkit dan sedar anggaplah Ramadhan kali ini yang terakhir kerana ajal itu datang tanpa kita ketahui bila tarikh, masa, tempat dan keadaannya.. 

--------------------------------------


 Allah.. Allah... Allah....

Seperti baru semalamku meninggalkannya...
Kini Ramadhan mulia itu datang kembali....
Bulan istimewa penuh barakah ku kira....
Setiap hamba pasti menunggu kedatngannya...

Tapi bagi ana saat kakiku menjejaki Ramadhan...
Dengan pakaian imanku yang masih compang camping....
Terasa hina ku aturkan langkah ini...

Ramadan ini
ku titip harapan
dalam doa

Semoga Allah sucikanlah hati...
yang tercemar khilaf...
yang berhabuk dan penuh dengan sampah sarap...
Semoga Allah terangkan jiwa...
yang gelap gelita sinarnya...
yang penuh dengan samar di dalamnya..
Agar diri ini mampu untuk meneruskan langkah....

Ya Allah...

Jadikanlah semangat Ramadan pertama sampai penghujung...
Jadikanlah ibadahku seolah-olah terakhir kaliku bertemu Ramadhan...

Ya Allah...

Aku hanya peminjam nyawa dariMu Ya Allah...
semoga bila aku kembali nanti aku kembali
dengan imanku indah di sisiMu....

Ku pinta sekelumit cintaMu Ya Rabbul Izzati
Jadikan Ramadhan sebagai wardah dan penyuntik semangat....
Mencari bekal demi akhirat yang menjelang pasti...
Untuk bertemu denganMu suatu masa nanti...

Izinkanku Ya Allah...
HambaMu yang penuh berdosa ini..
Untuk merasai Ramadhan dari awal sehingga hujung...
Agar aku tidak henti memohon pengampunanMu Ya Allah....