بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Di sini tempat kita nanti... dari tanah kita datang kepada tanah jua kita akan dikembalikan nanti~~ |
Kebelakangan ini ramai hamba-hamba Allah telah kembali ke rahmatullah... Hati sangat tersentuh sehinggakan air mata kadang-kadang laju mengalir apabila membaca setiap cerita-cerita dan kisah-kisah hidup mereka yang telah meninggal... Sungguh indah hidup mereka.. Hidup yang penuh dengan DnT... Dakwah dan Tarbiyyah !!
Sedih !! Kagum !! Cemburu !! Meskipun tidak mengenali mereka dunia nyata namun hati bagaikan terasa dekat apabila membaca kisah mereka... Pelbagai perasaan mula timbul bila membaca kisah-kisah mereka.. Kehidupan mereka penuh dengan mengabdikan diri pada Allah dalam melakukan gerak kerja dakwah...
Sedih, kerana pengakhiran hidup mereka tersangat tragis berlaku hanya dalam sebuah kemalangan... Dalam tahun ini ana ada baca 3 buah kisah 2 orang akhwat dan seorang ikhwan yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya... Mereka masih muda... Allahu~~ Sungguh MATI itu PASTI.. Ia tidak pernah mengenal berapa umur kita....
Ana kagum dengan mereka kerana sebelum ajal menjemput hidup mereka penuh dengan dakwah dan tarbiyyah.. Seorang akhawat, arwah Hajar sebelum meninggal sempat merasa ujian sakit yang agak teruk... Namun, bagi arwah sedikit pun ia tidak mengeluh dengan kesakitan itu malah menganggap ia sebagai ujian dari Allah untuk menghapus dosa-dosanya... Pengakhiran mereka sungguh baik... Mereka pulang kepangkuan yang Esa dengan ucapan dua kalimah yang Agung... Mereka insan istimewa di sisi Allah.. Bukankah kalimah itu diucap dengan amalan ?? Sudah tentu dia punyai hubungan istimewa dengan Sang Pencipta..
Ana cemburu dengan mereka... sungguh ana teramat cemburu... Ana pernah membaca status-status fb hamba Allah yang telah dijemput Allah buat selamanya.. Penuh wall fb arwah dengan ucapan takziah dari sahabat-sahabat.. Ini menunjukkan mereka sangat dikasihi oleh sahabat-sahabatnya... Satu post yang membuatkan diri ini termenunung seketika dan amat terkesan di hati bila ada seorang sahabat fb arwah bagitahu :
" Kesedihan ini bukan bermakna aku tidak redha dengan pemergianmu, tapi aku tertunggu bilakah pula ajalku... Allah...Allah...Allah..."
Alhamdullilah,.. status-status arwah di fb tak pernah lelah mengajak pada kebaikkan... Teringat akan pesan Ustaz Hasrizal di Fb nya :
"Pastikan setiap status update, sesuai menjadi status perpisahan kita"
----------------------------------------------------------------------
Setiap manusia akan menghadapi hari kematiannya, baik cepat atau lambat. Ana terdetik di hati, sentiasa, tentang bagaimana pengakhiran hayat ana nanti. Semua mengimpikan untuk dimatikan dalam khusnul khatimah, moga-moga Allah makbulkan doa hambaNya untuk pengakhiran yang baik.
Hidup ini sementara. Begitulah umur yang Allah pinjamkan. Usia muda tidak bererti esok masih ada untuk kita, belum tentu kita sampai ke tua. Beringatlah, gunakan usia sebaiknya.
كُلٌّ نَفسٍ ذَائِقَةُ الْمَوت
Setiap yang bernafas pasti akan merasai mati..
Sungguh. Kematian itu sangat dekat.
Firman Allah Taala yang bermaksud: "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."
(Surah Al-A'raf: ayat 34)
Buat yang kehilangan orang tersayang, ana faham ianya bukanlah umpama patah tumbuh hilang berganti ana juga kehilangan insan tersayang, arwah mak..Tahun nie dah masuk 6 tahun pemergian arwah mak.. Meskipun sudah lama namun ada saja sisi-sisi ana sangat merindui arwah mak... Teramat merinduinya tambah lagi bila hampir bulan Ramadhan dan Syawal... Allah !! Allah!! :'(
Moga Allah permudahkan. Ingatlah mereka dalam doa, simpanlah memori mereka kemas dalam hati, moga di akhir kembara kita di dunia, kalian akan bertemu semula di JannahNya, Insya Allah :')
Allah lebih menyayangi mereka.. Al-Fatihah buat arwah mak dan mereka yang telah kembali ke rahmatullah. Moga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un...
انّا للہ و انّا الیہ راجعون
No comments:
Post a Comment