Monday 27 May 2013

Sahabat itu Anugerah Ilahi...


Kita ini hanya insan biasa jea jadi akan memerlukan pihak lain dalam kehidupan kita.. dan akan ada satu saat kita tetap perlukan orang lain selain diri kita.... Oleh sebab itulah, Allah hadirkan sahabat dalam hidup...

Apa itu sahabat??

Sahabat itu orang yang cuba untuk ada di sisi saat susah mahupun senang. .
Sahabat itu orang yang cuba untuk membantu mengikut kemampuan dirinya. dikala sahabat lain memerlukan bantuan..
Sahabat itu orang yang  rasa apa kita rasa....
 Sahabat itu orang yang tak sampai hati tengok kita disakiti dan dilukai...
 Sahabat itu orang yang akan hulurkan tangan untuk kembali bangkit melangkah bersama saat kita jatuh dan rebah lemah. Akan ada..

Kenapa perlu ada sahabat??

Kerana sahabatlah,,, yang amat memahami perangai kita, kerenah kita, mood kita, hati kita, perasaan kita dan segalanya tentang kita...  

Walaupun kadang-kadang ada yang sakit hati akibat daripada kata-kata.. 
Walaupun kadang-kadang berlaku perbalahan tidak sefahaman dalam menyuarakn pendapat..
Walaupun kadang-kadang gaduh benda kecik jeaa...

tapi 

yang indahnya kita gaduh nak bergegar dunia sekali pun tapi pasti persahabatan itu akan pulih..sebab kasih sayang antara kita dah macam adik-beradik.. Berkawan dari sekolah rendah hingga sekolah menenggah hingga naik fom 6... pergi sekolah sama-sama, naik basikal sama-sama, makan sama-sama, kena marah kat cikgu sama-sama.. nak katakan zaman sekolah kita semua sama.. kn..kn..kn.. awak2!!


Jadi, bila saya bagitahu awak sahabat saya, saya nak masuk syurga dengan awak semua.. berpimpin tangan menuju JANNAH-NYA bersama-sama..  

Apa yang harus ana buat???

Jadi, ana akan berusaha sedaya upaya untuk tidak menyakiti hati kalian, untuk tidak mengguris perasaan kalian... Berusaha untuk sentiasa ada di sisi kalian di saat kalian memerlukan mahupun hanya untuk mendengar cerita bahagia atau sedihmu... Sentiasa tegur dirimu saat kamu tersasar dan bersama mengajak dirimu melakukan kebaikan. Walau sukar, namun, ana akan cuba untuk lakukan yang terbaik untuk persahabatan kita nie... 

Sekarang ana rasa ana bahagia sesangat melihat kalian.. andai perpisahan bulan september ini berlaku ana tak risau melepaskan kalian  kerana kalian dah mampu bawak diri masing-masing...


nie untuk awak :-

"Kalau dulu awak jenis tudung main pakai jeaa tanpa ikut syariat sekarang dah mula pakai tudung labuh...
Kalau dulu awak seorang yang couple-couple sekarang dah putus siap cakap lagi InsyaAllah saya yakin dengan jodoh dari Allah...
Kalau dulu awak yang jenis tidak menjaga ikhtilat tapi sekarang dia amat berhati-hati dalam menjaganya dirinya dari lelaki...
kalau dulu awak jenis yang cakap hentam jea tapi sekarang awak cakap lemah lembut sangat.. kata-kata sentiasa mengingati Allah...


SubhanaAllah.. Benarlah, hak untuk memberi hidayah kepada hati-hati manusia ini hanyalah Allah sahaja dan tentukan untuk insan yang dipilih untuk dikurniakan encik TAUFIQ dan makcik HIDAYAH dariNya.... 


Dan demikianlah pula Kami menurunkan AL-Quran itu sebagai ayat-ayat keterangan yang jelas nyata dan sesungguhnya ALLAH memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan dan undang-undangNya)
( surah al-hajj, ayat 16 )

Hanya Allah yang tahu perasaan melihat sahabat seorang demi seorang makin berubah ke arah kebaikan. Dan Allah letak kita sebagai saksi hijrah dirinya. Allahu~ Allah jualah yang menghadirkan hidayah buat dirinya, cuma mungkin Allah gunakan kita sebagai medium penguat semangat buat dirinya. Allah hadirkan kita sebagai penggerak keinginan dan kemahuannya. Allah hadirkan kita untuk pegang tangannya dan terus melangkah saat dirinya dicemuh dan dicaci. Allah hadirkan kita untuk kita sampaikan padanya, dia sentiasa punya kita dan Allah di sisi. Allah hadirkan diri kita untuk mengingatkannya redha Allah yang dikejar dan bukan benda lain. Allah hantar kita... 

Dan mungkin Allah hadirkan kalian pula untuk melakukan yang sama buat diri ana.. :)

Moga kita akan bersama ke syurga sana... Moga ukhwah ini adalah salah satu pembantu kita untuk ke syurga.  Andai kau tergelincir ke neraka, moga sahabat ini menjadi saksi kebaikanmu terhadap dirinya. Inshaa Allah, moga berjiran di jannah-Nya jua...

Sahabat, maaf anda diri ini pernah menyakiti... Sungguh, diri ini manusia penuh khilaf. .. Apalagi andai diri ini pernah melukai sengaja ataupun tidak... Ampuni diri ini kerana takut kelak di mahsyar aku mencarimu tidak kejumpaan untuk kumohon ampunanmu. Moga ukhwah kita Allah redhai sebagai saham akhirat ke syurga-Nya, inshaa Allah :) teruskan langkah menggapai redha-Nya. Andai jatuh, ketahuilah aku di sini denganmu dan aku tahu kau juga begitu *hearts*

Salam ukhwah, Uhibbukum fillah LILAHI TAALA.. ^_^


Tinta mujahidah berhenti disini dulu.. InsyaAllah.. tinta ini akan bersambung lagi..
Salam mujahadah dari Si Mujahidah.. ^_^

Friday 24 May 2013

Ana sedar...

Apa khabar iman mu hari ini wahai sahabat? INSYALLAH, semoga semuanya baik hendaknya.. Semoga hari-hari yang akan datang, kita semua akan mengisi masa dengan perkara-perkara yabg berfaedah dan sentiasa menambahkan kecintaan kita kepada ALLAH. Kali ini, ana sekadar ingin meluahkan apa yang terbuku di hati ini. 

Ana sedar, ana hanya seorang gadis biasa. Ana sedar, untuk menjadi muslimah yang solehah itu amat susah. Banyak rintangan dan halangan yang harus ditempuhi. Ana hanya manusia biasa yang sedang mencari redha ALLAH, dan kadang-kadang iman ini hampir goyah di tengah jalan saat nafsu menguasai diri ini. Tetapi, ana amat bersyukur kerana ALLAH masih sayangkan diri ini dan berjaya menyedarkan ana kembali. Itulah nikmat yang paling berharga untuk ana. Dengan izin ALLAH, ana akan berusaha untuk menjadi muslimah solehah. InsyaAllah..

Ana sedar, ana bukan dari sekolah agama dan ana tidak mempunyai banyak ilmu tentang agama tetapi itu tidak bermakna ana akan terus menjadi seseorang yang tidak mempunyai ilmu agama. Bagi ana, keikhlasan hati untuk belajar ilmu agama adalah lebih mulia. Ana akan terus mencari ilmu sedaya yang mungkin untuk menjadi bekalan buat diri ini dan juga orang-orang disekeliling untuk bekalan menuju akhirat nanti.

Ana sedar, ana tidak sepetah kalian dalam berkata-kata apatah lagi untuk menjawab soalan-soalan tentang agama jika diajukan.. Namun, Alhamdullilah sekarang apabila terlibat dengan gerak kerja dakwah di #TeamHijrah Kelantan ia membuatkan diri ini makin petah untuk berkata-kata... Jadi,sentiasa lah ikhlas dalam melakukan pekerjaan pasti akan ada jalan penyelesaiannya untuk setiap masalah.

Ana sedar, ana memang tidak dikenali oleh ramai orang lebih-lebih lagi golongan lelaki. Tetapi, ana  langsung tidak sedih jika mereka tidak mengenali ana namun rasa bersyukur kerana ALLAH masih melindungi diri ini dari pandangan-pandangan yang tidak diingini. Biarlah, nama kita tidak terkenal dalam kalangan penduduk bumi, tetapi berusahalah supaya nama kita terkenal di kalangan penduduk syurga. InsyaAllah..

Ana sedar, ana mungkin tidak kuat untuk menghadapi godaan dunia pada masa ini dan akan datang. Jadi ana sangat berharap, andai di takdirkan diri ini rebah di masa hadapan, bimbinglah diri ini ke jalan yang benar iaitu jalan yang di redhai ALLAH.. Janagn biarkan diri ini hanyut bersendirian.. pimpinlah tangan ini kerana ana nak ke syurga bersama-sama kalian.. Allahuma Ameen...



Tinta mujahidah berhenti di sini... Hingga pena menari kembali... InsyaAllah...

Salam mujahadah dari Si Mujahidah... ^_^

Tuesday 21 May 2013

Keislamanmu, Itu Adalah Maharku, Ummu Sulaim..


Alhamdullilah, tadi dalam wall fb terbaca satu hadis berkenaan mahar dalam perkahwinan.. ana cari balik tak jumpa dah hadis tu.. yang ana ingat mengenai hadis tu selagi sesuatu itu bernilai ia boleh dijadikan mahar.. *jangan kata ana nak kahwin plak sebab cerita bab mahar nie tau* =P  

Jadi untuk entri kali nie ana nak ceritakan tentang seorang srikandi Islam... Seorang wanita yang teramat mulia yang mengajar kita perihal pernikahan dalam konteks dakwah. Di jalan nikah menjadikan keislaman suami sebagai mas kahwin. Beliau adalah Ummu Sulaim, Al-Ghumaidah binti Milhan yang merupakan antara wanita yang dijanjikan syurga oleh Allah..

Anas bin Malik melaporkan " Abu Talhah melamar Ummu Sulaim. Lantas Ummu Sulaim berkata, "Demi Allah, tidak mungkin pinangan daripada orang seperti dirimu ditolak wahai Abu Talhah. Tetapi engkau adalah lelaki kafir, sedangkan saya adalah wanita muslimah. Tidak halaf bagi saya menikah denganmu. Namun, apabila engkau memeluk Islam, maka itu mahar saya dan saya tidak meminta lagi daripadamu selain itu."

Jesteru, Abu Talhah memeluk Islam dan itu adalah mahar pernikahannya dengan Ummu Sulaim. Thabit iaitu antara perekod hadis ini berkata , "Saya belum pernah mendengar mahar wanita yang lebih mulia daripada Ummu Sulaim, iaitu Islam. Selepas Abu Talhah memeluk Islam dan mereka menikah, mereka dikurniakan seorang anak."

(Direkodkan oleh Nasai)

Di jalan nikah Ummu Sulaim berdakwah dengan mengislamkan Abu Talhah . Pengislaman ini dijadikan sebagai sebuah mahar. SubhanaAllah !! Ummu Sulaim menunjukkan contoh dengan menawarkan diri kepada orang soleh meskipun Abu Talhah merupakan lelaki kafir sebelum menikah dengannya. Mahar keislaman Abu Talhah menyebabkan Ummu Sulaim menerima pinangan. Inilah pilihan dakwah. Inilah pernikahan barakah ... Menikahlah di jalan dakwahkerana padanya terbentang kemuliaan dan keberuntungan di dunia & akhirat.. 

KatakanlahInilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata.” (Surah Yusuf: 108) 

Tinta mujahidah berhenti di sini... Hingga pena menari kembali...
Salam perjuangan dari Si Mujahidah... ^_^






Sentuhan Dari Hati Pasti Terkesan Dihati Jua....




Alhamdullilah... di saat hati "si mujahidah" yang tak berapa "sihat" ... Allah hadirkan dan hantarkan sahabat-sahabat untuk memberi semangat.. sungguh ana dapat rasai halawatul ukhwah itu... subhanaAllah.. ana sayang antunna sangat-sangat LILAHI TAALA.. ♥
--------------------
akhawat 1 : " take this as gift from Allah syg.. Allah akan letak kita kat tempat sesuai dengan kita.. Dan ingat, apa yang kita sangka baik buat diri kita mungkin sebenarnya tak dan yang kita anggap buruk buat kita sebenarnya yang terbaik buat kita... Yakinlah syg, ada yang terbaik dah Allah sediakan untuk ana nanti..ana nak menangis takpe, tapi counter back rasa tu. bangkitakn keyakinan terhadap qada dan qadar Allah.. Walau di mana Allah campakkan ana nanti, kembangkan langkah ana dalam dakwah di sana. Kita yang tentukan siapa kita bukan di mana kita berada.. Akak yakin ana boleh"
akhawat 2 : mesti Allah nak bagi tmpat yang terbaek..tepat pada masanya dengan dakwah dan tarbiyah mungkin adik diperlukannya di sana ..=) pasti awk dpt yg trbaek..sabar yea.. Pilihan Allah yang trbaik untuk hmbaNya dik.. Hanya Allah je yang tahu apa yg diingnkan dan trsirat kat hati hambanya nie..=) yakin dengan Allah.. 
akhawat 3 : xpo ana. yakin dengan percaturan Allah ok... ana nk g tempat baru nanti, ramai lagi kawan2 hok tngah kerkapai2 nak mintak tlg anak guide nak cari ilmu Allah. maybe tmpat hok Ana xleh tu, dah ada wakil kat sana. mana tau Allah nak letak ana mana-mana tempat hok ramai lagi x napok jale nak cari petunjuk. ana blh tlg guide dorg. wat palo ore kato..hehe
----------------------
Allahurabi~~~ Walaupun hanya dari perkataan ia amat terasa dihati.. Betul laa orang kata, 'sentuhan dari hati pasti terkesan dihati jua"... Mengalir air mata setiap kali mendapat kata-kata semangat dari mereka.. Betapa indahnya percaturan ini Ya Allah.. Engkau hadirkan mereka disaat semangat ini lemah... Ada yang sebelum nie ana tak rapat tapi tiba-tiba hantar pm bagi kata-kata semangat.. satu jea ana nak bagitahu kalian mmg super duper oshemmm di mata ana..

Alhamdullilah, hati ini kembali bangkit menyahut panggilan Ilahi demi MARDHATILLAH.. InsyaAllah... ♥ Apapun keputusan upu yang bakal keluar nanti InsyaAllah diri ini akan redha.. 
Rezeki minallah... Insyallah, Allah akan permudahkan rezeki diri ini... Tapi ita mestilah tingkatkan kesabaran dan yakin pada-NYA... 

Thursday 9 May 2013

Inilah Jalanku...


Akhirnya, tanggal 9hb Mei 2013 bersamaan hari Khamis, ana menggagahkan jari jemari yang dengan merealisasikan impian ana yang dan setelah sekian lama ingin memiliki blog sendiri untuk melaksanakan dakwah melalui penulisan... Blog ini telah dicipta dalam 2 minggu yang lepas.. akibat kekangan masa terpaksa menangguhkan dulu penulisan ini.. Namun, Alhamdullilah hari ini ana nekad, inilah jalan juangku.. Inilah jalanku.. Mohon tunjuk ajar dari para sahabat  dalam ana menggalas misi ini dlalam bergelar seorang mujahidah yang sedang berjuang demi MARDHATILLAH...



p/s: blog ini masih dalam pembikinan.. masih tidak sempurna... nantikan kesempurnaan 'si mujahidah" ini tidak lama lagi..  InsyaAllah... (=

Tinta mujahidah berhenti disini........Hingga pena menari kembali.. InsyaAllah,,,     

                                           Salam mujahadah dari Si mujahidah... ^_^

12.00 am
10/3/2013

Ahlan Wa Sahlan....

Assalamualaikum ......Segala Puji Hanya Bagi Allah Azza Wajalla , Maha pemurah lagi Maha Penyayang, Segala yang dikehendakiNya berlaku pasti terjadi dan begitu sebaliknya, Tuhan yang Maha Perkasa lagi menguasai Arasy yang agung, Tiada lah daya upaya kami melainkan Allah yang Maha Agung, Dan selawat dan salam semoga dilimpah dan dicurahkan oleh Allah s.w.t. kepada junjungan besar kita KekasihNya Sayyidina Muhammad s.a.w. ...Rahmat sekalian alam, asbab terbesar hubungan hamba dengan TuhanNya, Ya Allah tempatkan lah Junjungan kami ke tempat yang terpuji seperti mana yang telah Kau janjikan Amin...


Alhamdulillah, dengan kehendakNya, dapat juga ana mempunyai blog ni. Dengan bantuan seorang sahabat akhirnya blog ini tercipta... Syukran Jazilan ukhti Miss Fatihah kerana dengan bantuan dia ana dapat menulis dalam blog ana sendiri... InsyaAllah ana akan cuba memasukkan infomasi yang berguna dari masa ke semasa.. First time,  menulis bicara di sini berasa sangat gembira kerana blog ini dah mula terisi ... Semoga kehadiran blog ini akan menjadi satu wadah untuk ana meneruskan dakwah tanpa henti...

Bicara sedikit tentang ana yeaa,,,, 

Alhamdullilah,,, Ana hanya seorang yang sederhana, suka berkawan dengan sesiapa sahaja selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam... Ana sekarang dalam proses berubah menjadi lebih baik dalam meniti hari-hari yang penuh dengan onak duri kehidupan.. Bantulah ana dalam proses penghijrahan ana ini... Wujud nya blog ini untuk berkongsi serba sedikit ilmu sama ada yang ana buat sendiri atau yg ana copy dari insan-insan yg sudi berkongsi ilmu. Kepada yang ingin mengambil apa2 jua bahan dalam blog ini dengan niat untuk mengembangsebarkan ilmu, tidak perlu meminta izin atau menyertakan link blog ini. Sebarkan dan panjangkanlah kepada semua demi kebaikkan ummah. Akhir kata yg buruk datang dari ana sendiri dan yang baik itu datang dari Allah S.W.T. segala kesilapan ana jangan malu-malu untuk menegur...

Tinta mujahidah berhenti disini........Hingga pena menari kembali....
Salam Perjuangan dari Si Mujahidah..


4.26 p.m
9/5/2013... ^_^