Friday, 24 May 2013

Ana sedar...

Apa khabar iman mu hari ini wahai sahabat? INSYALLAH, semoga semuanya baik hendaknya.. Semoga hari-hari yang akan datang, kita semua akan mengisi masa dengan perkara-perkara yabg berfaedah dan sentiasa menambahkan kecintaan kita kepada ALLAH. Kali ini, ana sekadar ingin meluahkan apa yang terbuku di hati ini. 

Ana sedar, ana hanya seorang gadis biasa. Ana sedar, untuk menjadi muslimah yang solehah itu amat susah. Banyak rintangan dan halangan yang harus ditempuhi. Ana hanya manusia biasa yang sedang mencari redha ALLAH, dan kadang-kadang iman ini hampir goyah di tengah jalan saat nafsu menguasai diri ini. Tetapi, ana amat bersyukur kerana ALLAH masih sayangkan diri ini dan berjaya menyedarkan ana kembali. Itulah nikmat yang paling berharga untuk ana. Dengan izin ALLAH, ana akan berusaha untuk menjadi muslimah solehah. InsyaAllah..

Ana sedar, ana bukan dari sekolah agama dan ana tidak mempunyai banyak ilmu tentang agama tetapi itu tidak bermakna ana akan terus menjadi seseorang yang tidak mempunyai ilmu agama. Bagi ana, keikhlasan hati untuk belajar ilmu agama adalah lebih mulia. Ana akan terus mencari ilmu sedaya yang mungkin untuk menjadi bekalan buat diri ini dan juga orang-orang disekeliling untuk bekalan menuju akhirat nanti.

Ana sedar, ana tidak sepetah kalian dalam berkata-kata apatah lagi untuk menjawab soalan-soalan tentang agama jika diajukan.. Namun, Alhamdullilah sekarang apabila terlibat dengan gerak kerja dakwah di #TeamHijrah Kelantan ia membuatkan diri ini makin petah untuk berkata-kata... Jadi,sentiasa lah ikhlas dalam melakukan pekerjaan pasti akan ada jalan penyelesaiannya untuk setiap masalah.

Ana sedar, ana memang tidak dikenali oleh ramai orang lebih-lebih lagi golongan lelaki. Tetapi, ana  langsung tidak sedih jika mereka tidak mengenali ana namun rasa bersyukur kerana ALLAH masih melindungi diri ini dari pandangan-pandangan yang tidak diingini. Biarlah, nama kita tidak terkenal dalam kalangan penduduk bumi, tetapi berusahalah supaya nama kita terkenal di kalangan penduduk syurga. InsyaAllah..

Ana sedar, ana mungkin tidak kuat untuk menghadapi godaan dunia pada masa ini dan akan datang. Jadi ana sangat berharap, andai di takdirkan diri ini rebah di masa hadapan, bimbinglah diri ini ke jalan yang benar iaitu jalan yang di redhai ALLAH.. Janagn biarkan diri ini hanyut bersendirian.. pimpinlah tangan ini kerana ana nak ke syurga bersama-sama kalian.. Allahuma Ameen...



Tinta mujahidah berhenti di sini... Hingga pena menari kembali... InsyaAllah...

Salam mujahadah dari Si Mujahidah... ^_^

No comments:

Post a Comment