Tuesday, 21 May 2013

Keislamanmu, Itu Adalah Maharku, Ummu Sulaim..


Alhamdullilah, tadi dalam wall fb terbaca satu hadis berkenaan mahar dalam perkahwinan.. ana cari balik tak jumpa dah hadis tu.. yang ana ingat mengenai hadis tu selagi sesuatu itu bernilai ia boleh dijadikan mahar.. *jangan kata ana nak kahwin plak sebab cerita bab mahar nie tau* =P  

Jadi untuk entri kali nie ana nak ceritakan tentang seorang srikandi Islam... Seorang wanita yang teramat mulia yang mengajar kita perihal pernikahan dalam konteks dakwah. Di jalan nikah menjadikan keislaman suami sebagai mas kahwin. Beliau adalah Ummu Sulaim, Al-Ghumaidah binti Milhan yang merupakan antara wanita yang dijanjikan syurga oleh Allah..

Anas bin Malik melaporkan " Abu Talhah melamar Ummu Sulaim. Lantas Ummu Sulaim berkata, "Demi Allah, tidak mungkin pinangan daripada orang seperti dirimu ditolak wahai Abu Talhah. Tetapi engkau adalah lelaki kafir, sedangkan saya adalah wanita muslimah. Tidak halaf bagi saya menikah denganmu. Namun, apabila engkau memeluk Islam, maka itu mahar saya dan saya tidak meminta lagi daripadamu selain itu."

Jesteru, Abu Talhah memeluk Islam dan itu adalah mahar pernikahannya dengan Ummu Sulaim. Thabit iaitu antara perekod hadis ini berkata , "Saya belum pernah mendengar mahar wanita yang lebih mulia daripada Ummu Sulaim, iaitu Islam. Selepas Abu Talhah memeluk Islam dan mereka menikah, mereka dikurniakan seorang anak."

(Direkodkan oleh Nasai)

Di jalan nikah Ummu Sulaim berdakwah dengan mengislamkan Abu Talhah . Pengislaman ini dijadikan sebagai sebuah mahar. SubhanaAllah !! Ummu Sulaim menunjukkan contoh dengan menawarkan diri kepada orang soleh meskipun Abu Talhah merupakan lelaki kafir sebelum menikah dengannya. Mahar keislaman Abu Talhah menyebabkan Ummu Sulaim menerima pinangan. Inilah pilihan dakwah. Inilah pernikahan barakah ... Menikahlah di jalan dakwahkerana padanya terbentang kemuliaan dan keberuntungan di dunia & akhirat.. 

KatakanlahInilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata.” (Surah Yusuf: 108) 

Tinta mujahidah berhenti di sini... Hingga pena menari kembali...
Salam perjuangan dari Si Mujahidah... ^_^






No comments:

Post a Comment