Thursday, 13 June 2013

Kisah Cinta Hassan Al-basri


Alhamdullilah, pagi nie sempat melihat rancangan Bismilah kat tv3 pukul 6 pagi.. dan yang amat menarik ustaz ada menceritakan kisah cinta Hasan Al-Basri sebelum menjadi ahli sufi.. Kisah cinta yang penuh tragis membuatkan diri ini terpanggil untuk berkongsi kepada antum semua disini..
---------------------------------------------------------

Pada suatu hari Hassan Al-Basri sebelum menjadi ahli sufi berjalan-jalan di suatu tempat tiba-tiba dia terpandang akan seorang wanita yg memiliki sepasang mata yg indah.Beliau juga seorang ahli sufi.

Diikutinya wanita itu.

”Wanita tadi bertanya kenapa engkau mengikuti ku”.

Hassan Al-Basri kemudian memberitahu bahawa di mencintainya.

Lantas wanita itu bertanya “Apakah yg membuatkan engkau tertarik kepada diriku”.

Kemudian Hasan Al-Basri mengatakan bahawa dia terpukau melihat keindahan mata yg dimiliki oleh wanita itu.

Wanita itu kemudian berkata “Akan ku tunaikan hasrat hatimu”

Tidak lama selepas peristiwa itu, datanglah seorang utusan bersama sebuah dulang yg ditutup dengan sehelai kain menyampaikan perutusan tersebut kepada Hassan Al-Basri. 

Hasan Al Basri bertanya, Siapakah engkau??

Wanita itu memjawab, "Aku adalah utusan dari wanita yang engkau jumpa pada tempoh hari dengan membawa hantaran ini"...

Alangkah terkejutnya dia melihat sepasang mata terdampar layu di atas dulang itu.

Hasan Al-Basri bertanya, Dimanakah wanita itu?? aku ingin memohon maaf kepadanya...

Wanita itu menjawab, wanita itu telah meninggal dunia...

Betapa wanita sufi itu takut kasihnya kepada Allah berkurang kerana dia memiliki sepasang mata yang mampu meruntun hati seorang lelaki. Namun, Allah lebih menyayanginya, wanita itu telah pun pergi buat selama-lamanya....

Dengan takdir Allah ,Hassan Al-Basri bertemu dgn wanita tersebut dalam mimpinya.Wanita itu berkata dia telah pun memaafkannya dan menyeru Hassan Al-Basri agar mendalami ilmu agama….

----------------------------------------------


Allah tidak pernah menyuruh manusia memperlakukan sebegitu rupa namun atas dasar cinta kepada Allah yang amat sangat wanita itu sanggup kehilangan matanya.

Mendengarkan kisah ini, diri ini terfikir dimanakah ana  meletakkan cintaku kepada Allah.
Sesungguhnya Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan dan rasa cinta itu lahir juga atas izinNya.

Mengetahui kisah ini juga, betapa wanita itu telalu menjaga diri.. Hanya kerana dipuji mata yang cantik dia sanggup kehilangannya kerana takut akan kehilangan cinta Allah...

TAPI !!!!!!!!!!!!!!!!!

Bagaimana pula dengan kita wahai muslimah, semakin dipuji ehhh semakin banyak pulak dia upload gambar kat fb laa, kat twiteer laaa.. macam-macam lagi laaa...

kononnya, keindahan yang Allah bagi kena laa tunjuk even berpurdah... upload gambar terlampau dekat nampak mata 2 bijikk tu... aduhaii~~

apakah???? =="

Jadilah wanita yang terpelihara kerana memelihara yeaa muslimah kerana dirimu begitu berharga... yang tersembunyi itu jauh lebih indah dari yang di didedahkan pada umum.. 

"Permata yag terdedah sering dilihat orang manakala permata yang tersembunyi sangat sukar dilihat. maknanya permata yang tersembunyi itu sangat tinggi nilainya berbanding permata yang terpamer... "

Jadi, fikir-fikirlah wahai antunna...





Wallahua’lam... ^_6








No comments:

Post a Comment