Alhamdulillah pejam celik pejam celik sudah masuk 9 hari kita berpuasa. Maknanya sekarang kita telah berada dalam fasa kedua dalam bulan Ramadhan ini... Haahh !! Jadi macam mana mutabaah amal masing-masing o.k kerr k.o ?? harap-harap semua masih istiqamah.. Hanya orang yang istiqamah sahaja yang akan mampu berada dan melalui pertengahan dan sampai ke penghujung bulan Ramadhan ini dengan penuh himmah.. InsyaAllah..
Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Nabi Muhammad bersabda ; "Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam kemeriahan kita menyambut Ramadhan bagaikan ia bulan pesta ibadah.. Dalam bulan ini dapat kita lihat masjid pasti penuh terutamanya belah malam... Namun demikian, tidak kurang jua bulan ini dianggap bulan pesta makanan,,, Yelaaa... try gi bazar ramadhan makanan yang takde dalam bulan lain ada masa tu... macam-macam jenis.. macam-macam warna.. macam-macam bentuk.. macam trademark astro dah !! "macam-macam ada" Kadang pelik tengok makanan yang banyak sangat dijual dan habis dijual..
Bercerita pasal bulan Ramadhan ini ana teringat dengan satu pandangan ikhwan nie yang bagitahu tak sanggup dah nak pergi bazar Ramadhan sebab ramai perempuan yang tidak menutup aurat !! Ermmmm~~ :'( yupp,, memang diakui teramat betul apa yang dikatakan..
Aduhaiii ~~ PUASA tapi TIDAK MENUTUP AURAT !!
PUASA = WAJIB
MENUTUP AURAT = WAJIB
Kedua-duanya wajib... tapi sayang yang dia tahu PUASA tu jea yang wajib !! Teramatlah sayang berpuasa tapi tidak menutup aurat.. puasanya sah tetapi tiada pahala jadi puasa itu sekadar menahan dahaga dan lapar dan tiada function kerana tidak menutup aurat...
Diri ini bukanlah sempurna sangat dan yang selayaknya berkata-kata dalam hal ini kerana ana jua dalm proses penghijrahan ini tapi mencuba untuk menyampaikan apa yang Allah suruh dan mencuba untuk menyampaikan dakwah walaupun hanya sedikit. Sudah jelas dalam Al-Quran, Allah menyuruh hamba-Nya menutup aurat, .
“Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi, pakaian takwa, itulah yang lebih baik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat.” (Al-A’Raf: 26)
Mungkin perkara ini kurang pendedahan umum.. Mungkin yang dah tahu tapi buat-buat tak tahu.. Mungkin ada yang sedang ingin berubah tapi takut.. Mungkin dan mungkin !!
Sifir mudah kenapa wanita kena tutup aurat ;
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Ditilik !! Diperhati !! Disentuh dan sampai satu tahap Dicuri !! Tapi andai ia disimpan rapi ditempat yang tertutup semuanya akan selamat malah akan lebih berkilau dari yang terdedah !!
Yeaa !! awak kaum hawa ibarat EMAS dan PERMATA itu..
Buat muslimat yang ingin berubah... JAngan takut !! Teruskanlah langkahmu untuk berhijrah.. Jadikan Bulan Ramadhan sebagai turning point untuk menutup aurat sesempurna mungkin.. Jangan hiraukan apa yang manusia nak kata.. Kerana ketahuilah ada pandangan yang lebih penting daripada tu iaitu PANDANGAN ALLAH.. Sampai bila kita nak takut dengan kata-kata manusia nie sampai syariat Allah tergadai gitu jeaa..Marilah berubah wahai kaum hawa. Tutuplah aurat dengan sempurnya. tak usah lah nak buka sini buka sana.
Takutlah pada azab Allah. Cuba tutup aurat dengan sempurna, insyaAllah akan ada perubahan yang baik terhadap sesuatu yang lain.... Ayuh, jadikan Ramadhan satu titik permulaan ke arah yang lebih baik untuk hari mendatang.. Jadikan Ramadhan ini bukan hanya menjaga perut bahkan turut menjaga mata, telinga, lidah, aurat dan segala-galanya.. InsyaAllah, Allah akan menjaga hati dan iman kita. Allahuma Ameen !! ^_^
follow sini...jom jenguk http://ienaazaidi.blogspot.com/
ReplyDeleteinsyaAllah.. :)
ReplyDelete