Kali pertama berkunjung ke pesta buku ialah pada hari pertama ianya dibuka tapi hari itu saya hanya sekadar memerhati dan melihat buku-buku yang dipamerkan untuk dijual. Banyak diskaun yang disediakan menanti pengunjung sehinggakan sampai 40% potongan harga. Kali kedua pergi bersendirian mencari bahan bacaan untuk adik-adik di rumah. Ternampak satu booth yang menyediakan buku-buku bacaan dan latihan untuk pelajar sekolah. Tanpa melengahkan masa saya menghabiskan baucer pertama yang berjumlah RM50 untuk membeli buku latihan buat adik di rumah.
Pada kali ketiga saya berkunjung ke pesta buku ditemani oleh tiga orang lagi sahabat lagi. Apa yang menarik dipandangan pada kunjungan pada kali ketiga ini ialah bila melihat terdapat kelompok-kelompok yang memakai pakaian seragama berwarna putih, coklat, biru dan lain-lain. Mereka ialah pelajar-pelajar sekolah yang sedang membuat lawatan ke pesta buku dan UUM. Terpandang mereka seakan memori zaman sekolah dahulu terimbas sekali. Antara aktiviti wajib yang akan diikuti di zaman sekolah ialah lawatan ke pesta buku. Ianya pengalaman yang amat menyeronokkan bila dikenang kembali kerana sekali-sekala dapat keluar dari suasana bilik darjah.
*budak sekolah* *ambil gambar sorok-sorok* =P |
Pasti pelik bukan ? Sampaikan ada yang bertanya. Kebanyakkan buku yang dibeli berkaitan dengan kematian.
Saya jawab :
"Ini cara untuk hidupkan hati yang mungkin mati dengan mengingati hati akan sebuah kematian yang pasti"
Hidup kita bukan untuk diri kita, dan mati bukanlah penamat segala siri cerita hidup kita. Hidup ini adalah untuk bertemu Allah, tunduk dan menyerah pada Allah.
"Kullu Nafsin Dzaiqotul Maut" (21:35)
"Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati"
Dari kisah pesta buku hingga kepada kematian.. Yea, sahabat kerana kehidupan kita ini saling berkaitan. Ilmu yang bermanfaat itu antara yang akan kekal mampu sambung amal kita meskipun kita sudah meninggal kelak.. *seronok bukan*. Duduk dalam kubur tapi pahala masih bertambah dan bertambah.. Semoga kita semua dapat manfaat dari pesta buku yang diadakan bukan sekadar hanya beli buku sahaja tapi tidak dibaca tapi yang sepatutnya diamalkan dan disebarkan pada oran-orang sekeliling..
and the last...
peringatan bersama..
“Usia umpama harta..Bukan banyaknya yang menjadi perhitungan tetapi keberkatannya.Harta yang berkat,sedikitnya mencukupi,banyaknya boleh diagih-agihkan.Begitulah usia yang berkat,pendeknya bermanfaat,panjangnya melimpah kebaktian.”
Siti Rohana,
Dpp Bank Rakyat,
30 Mac 2016,
11.00 pm
No comments:
Post a Comment