Tuesday, 4 February 2014

Jodoh Itu Rahsia Allah..


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Lama sudah tidak menulis di blog sendiri meskipun sekarang sedang bercuti sebulan dan cuti dah pon nak habis dah.. Alhamdullilah saya datang untuk menulis.. Baru ada tajuk untuk menulis bila lihat "biah" di fb sekarang penuh dengan gambar-gambar pernikahan..
 
insyaAllah tajuk entri kali ini ialah 
JODOH ITU RAHSIA ALLAH.. ^_^



jom renung sepotong ayat Al-Quran Surah Adz Dzariyaat :

 "Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah." (Ayat 49)



Allah ciptakan kita, lelaki dan perempuan itu saling berpasangan tetapi tidak lain tidak bukan adalah untuk saling mengingati kebesaran Allah.. 

Terikat baitul muslim kerana jodoh..
Bertemu jodoh kerana cinta..
Lahir cinta kerana fitrah..
Fitrah itu kerana telah ditetapkan Allah...

Cinta itu fitrah yang telah ditetapkan Allah..  Sememangnya cinta itu terjadi kerana mematuhi kehendak Allah.. Jadi kesempurnaan cinta kepada seseorang adalah kerana ALLAH.. Bila kita mencintai seseorang kerana Allah semata-mata.

Kenapa saya katakan diawal tadi "biah" di fb sekarang penuh dengan gambar-gambar pernikahan kerana sekarang nie musim cuti sekolah sempena tahun baru cina maka bermulalah musim membina "masjid".. subhanaAllah, ramai sudah telah mengakhiri zaman "single" dan kini telah "berdua".. 

Barakallah akhi !! Barakallah ukhti !! Semoga baitul muslim yang terbina akan mengembangkan lagi usaha dakwah kalian pada ummah..

dan pada masa ini ramailaa akhawat mula timbul satu perasaan cemburu mengindamkan perkahwinan juga, ingin berumahtangga diusia muda seperti orang lain meskipun belum punyai kesediaan... Tengok orang mendirikan baitul muslim, secara fitrah akan lahir jua satu rasa keinginan itu pada setiap manusia... kerana itu adalah fitrah.. 


Cemburu Melihat Orang Lain Bernikah Awal ...

Yeaa.. harus diakui cemburu bila melihat sahabat-sahabat sebaya atau yang bawah umur daripada kita sudah mula mengerakkan langkah membina baitul muslim ... 

"Haishh, cemburunya tengok gambar dia kawen nie rasa nak kawen jugak laa"
"Seronoknya tengok dia dapat kawin awal, untungnya dia"

Seronok ? Seronok itu hanya ucapan yang zahir yang bisa kita ungkapan sedangkan di dalam sesebuah pernikahan terselit beribu tanggungjawab yang bakal di pikul saat lafaz sakinah dilafazkan.. Namun adakah kita fikir di sebalik seronok itu akan tanggungjawab yang bakal kita hadapi ??

Berkahwin awal vs Bersediakah diri kita ?

Terkadang kita terlampau memikir soal jodoh.. terlampau memikirkan inginkan sebuah perkahwinan di usia yang muda menyebakan bila hati dicuit sedikit dengan kata-kata oleh si bergelar "ustaz fb" hati terus cair macam aiskrim.. 

Ustaz fb :
Assalamualaikum, ukhti boleh berkenalan?

Ustazah fb:
*check fb dia dulu* waaa~~ pakai jubah, pakai serban kena reply mesej nie..

hati mula berbunga-bunga
"mungkin dia ini adalah jodohku"
"alhamdullilah, si pemilik rusukku telah tiba"

Semudah itukah kita menjemput jodoh... Bagi saya lelaki yang ikhlas menginginkan kita menjadi pemilik hatinya tidak akan lakukan benda-benda yang melanggar syariat contohnya berhubung untuk sesuatu yang tidak penting dan bukan atas dasar urusan..

kawan saya pernah pesan pada saya : 
"ana umur kita dah 20an dah... sekarang kita kena serius dah bab-bab jodoh ini"

Serius yang bagaimana ? dengan couple ? Mengikat sebuah hubungan yang haram, hanya akan membuka hati kita untuk menerima cinta kepada yang tidak sepatutnya.. Samalah, seperti gula-gula yang telah terbuka dari plastiknya dihinggap oleh semut.. Dan ketika sedang menjalin hubungan tanpa ikatan dengannya, kita sibuk menzahirkan cinta, meluahkan sayang kepadanya, kerana ketika itu, hidup kita hanya untuk membahagiakannya. Dimanakah letak ALLAH ketika itu? Dimana ?

Pada saya bukan mengikat jodoh dengan couple supaya jodoh tidak lari tetapi dengan membuat persedian.. Sekarang adalah masa untuk menjadi bukan lagi masa untuk mencari.. Menjadi yang terbaik terlebih dahulu kerana jika inginkan yang si jodoh yang baik InsyaAllah , Allah pasti akan hantarkan yang baik jua..



Cinta selepas kahwin itu indah. Kerana apa yang haram untuk dibuat, halal untuk kita lakukan terhadapnya. Simpan diri untuk yang halal. Bila hati diuji kerana fitrah, peganglah pada prinsip: ‘hati itu ibarat gula-gula... Wanita, peliharalah cintamu untuk yang halal. Memendam itu berjihad. Tidak perlu bercouple untuk melampias fitrah. Kita wanita, senang menuju ke syurgaNya.. InsyaAllah...
Jodoh itu Rahsia Allah..

Ada orang cepat jodohnya..
Ada orang lambat jodohnya..
Ada orang jodoh hanya sekerat perceraian mula timbul..
Ada orang jodoh hanya setahun kematian menjemput...
Ada orang tiada bertemu jodoh sehingga kematian datang..

Setiap orang itu berbeza tahap jodoh masing-masing.. Kerana jodoh itu Rahsia Allah.. Cepat, lambat, sekejap dan ada yang tiada dijumpai jodoh sehingga ajal datang menjemput.. kerana jodoh dengan manusia itu belum pasti sedangkan jodoh kita dengan sebuah kematian itu teramat pasti.. Allah itu Maha Pengatur Jodoh.. Andai tiada di dunia semoga si putera agama sedang menunggu di syurga-NYA.. 

Jodoh itu Rahsia Allah.. 

Kenapa Rahsia ? Kerana Allah nak bagi kejutan pada kita kita tertanya-tanya, siapakah jodoh kita nanti.. Tapi sebelum tiba masanya, selagi itulah ia kekal menjadi sebuah rahsia sehingga saat lafaz sakinah dilafazkan.. 

Kenapa Rahsia ? Kerana Allah nak kita persiapkan diri secukupnya sebelum jodoh itu sampai.. Selagi ada masa yang disediakan Allah untuk kita, mari kita tambah ilmu di dada secukupnya.. Persediaan untuk melangkah ke alam itu hendaklah dengan ilmu dan iman yang benar kerana setiap pasangan itu pasti ada ujian dan halangan yang tersendiri.. Hanya ilmu dan iman akan menjadi benteng untuk menghadapinya..

Jika mahu mendapatkan yang soleh,kurangkan agenda MENCARI tetapi berusaha MENJADI si solehah..
Jika inginkan yang solehah, janglah cerewet MENCARI yang solehah tetapi berusahalah MENJADI si soleh..

Ya Allah temukanlah kami kepada cinta yang membawa kami kepada cintaMu...
Ya Allah jadikanlah kerinduan kepadaMu lebih kami rindui dari yang selainnya..
Ya Allah peliharalah kami dalam kerahmatanMu dan KeampunanMu yang tidak pernah bertepi..Allahumma Ameen ya Rabb..


Jodoh itu rahsia Allah.. Cepat atau lambat, ia akan sampai juga kepada kita apabila tiba masanya. Usah terburu-buru. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. =)



Buat yang telah membina baitul muslim barakallahu lakuma diucapkan.. semoga kalian sentiasa saling menyayangi kerana Allah..
dan

Buat yang masih single jangan risau kalian jugak berhak untuk mengejar cinta iaitu cinta dari Allah..

wallahua'lam.. 

maaf panjang plak menulis pagi nie.. ^_^ 


2.02 a.m
4/2/2014
4 Rabiulawal 1435H