Tuesday, 17 June 2014

Sebuah Perkenalan dan Pertemuan

Alhamdullilah...setelah selama seminggu lebih berjihad di meja peperiksaan kini dengan izin Allah imtihan untuk semester 2 telah berakhir pada 14/6 lagi maka berakhirlah coretan kisah untuk semester dua namun masih belum lagi balik rumah.. Ramai yang tertanya-tanya kenapa tak balik lagi termasuk laa makcik cleaner...

"awat ceq tak balik lagi exam dah habis ?"

"saja jea makcik nak kemas-kemas barang" *alasan reka-reka*

dan yang sebenarnya ambil masa untuk pulang selepas exam sebab nak ada masa dengan akhawat yang saya sayang kerana Allah disini sebelum pulang bercuti selama 3 bulan.. ^_^

--------------------------

*sebelum baca dibawah sila baca sambil dengar lagu nie*
Sebuah pertemuan - UNIC



Takdir Allah...
Hari ini kita berjumpa..
Merasai bertapa manisnya sebuah perkenalan..
Merasai sebuah perkenalan yang membawa pada sebuah ikatan ukhuwah..

Andai takdir Allah ini tiada mungkin kita tidak akan berjumpa...
Bisakah perkenalan ini bermula...

Bisakah tautan hati ini terjalin...
Bisakah tercipta kenangan antara jiwa-jiwa kita...

Tautan ini membawa pada satu amanah..
Teringat saat tangan dijabat ucapan tahniah dan takziah didahulukan..
Amanah dipegang meskipun terasa diri ini bukanlah yang selayaknya..
Saat itu bermulalah satu tugas dakwah yang baru..

Dan pada itu ukhuwah makin terjalin erat..
Disaat ada yang lemah, ada yang menguatkan dengan kata-kata..
Disaat ada yang menangis, ada yang sudi menyapu air mata..
Disaat ada yang sakit, ada yang sudi ambil perhatian..

Di bumi ini kita ditemukan, di satu arah satu perjuangan...
Satu aqidah satu pegangan, atasnya terjalin ikatan....
Ukhuwwah fillah tidakkan musnah andai benar kerana Allah..
Walaupun ombak walau badai mendesah..

Sebuah perkenalan,
Mungkin jodohnya panjang bersama kita..
Mungkin diantara kita hadirnya seketika meninggalkan rasa..
Namun yang pasti setiap yang pergi dan datang membawa bersama setiap jiwa yang punya ibrah dan kenangan tercipta...
Andai ia pendek moga pertemuan seterusnya kita adalah di Jannah-NYA...

Syukuri setiap apa yang ada bersama diri tika ini..
Dengan rahmat Allah ditakdirkan sebuah pertemuan, perkenalan, persahabatan jua perpisahan..
Tika itu jagalah hati atas anugerah Ilahi insan-insan yang ada... 
Insan yang telah membawa pada dakwah dan tarbiyyah..


Tautan erat tak mungkin patah, dengan kalam Allah kita berbai’ah...
Bertemu berpisah hanya kerna-Nya semata,
Redha Allah kita cari, moga-moga kita kan dirahmati,
Dengan niat yang suci, kita ingin bertemu kembali di negeri abadi...
Demikian manisnya mahabbah murni, limpahan kasih anugerah Ilahi,
Terpancar cahaya penuhi hati, an-nur suci dari-Mu Rabbi,
Semaian kasih di bumi ini, suburkan dengan perjuangan hakiki,
Bajai ia jangan dicemari, redha Al Wahhab dipohoni...


# Mohon maaf jika ana ada buat silap, tersalah, tersakit hati dan segala "ter" sepanjang perkenalan ini.. Hanya Allah yang tahu betapa beruntungnya ana punya sahabat seperti kalian.. Banyak benda baru ana belajar.. ana belajar untuk saling memaafkan, saling menghargai, saling berterima kasih dan saling memberi ilmu.. Yea.. ukhuwah ini pasti akan "disakiti" kerana andai tiada ujian tiadalah halawatul ukhwah yang terbina antara kita.. 

Mungkin ini adalah perpisahan sementara namun mungkin jua perpisahan selama-lamanya.. Andai tiada lagi pertemuan seterusnya mohon doakan ana dan semoga pertemuan kita seterusnya di Jannah-Nya.. Doakan ana thabat dan istiqamah dalam dakwah dan tarbiyyah.. InsyaAllah..

Salam sayang penuh cinta dari "ana" buat kalian akhawat yang oshemmmm kebabommmm ~~~ :P 

Jaga diri , Jaga Amal , Jaga Iman, dan yang paling penting Jaga Allah.. InsyaAllah, DIA pasti akan menjaga diri.. 

Pesanan penaja lagi : mohon jangan rindu ana.. kalau rindu mohon doakan ana dalam diam,, :) 




Saturday, 1 March 2014

Selagi Ayah Masih Ada...


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdullilah, masih dapat meneruskan tinta menulis di sini.. Semester kedua untuk diri ini sudah kembali menjengah kini sudah masuk minggu ketiga berada di bumi Sintok. Bila mengimbau kembali saat masuk sem 2 dengan beg yang berat dengan barang yang banyak teringat akan ayah..

Pada semester pertama ayah yang lakukan segalanya bila sampai di sini.. Dari angkat beg ke tingkat tiga , cuci lantai, sarungkan cadar katil, mopkan lantai dll.

teringat lagi ayah kata kat abang :

"kena beli tikar getah nie nanti takut sejuk kaki kena simen"

selepas tu ayah turun ke bawah dan bila kembali dibei tikar getah dan penyapu

*saya hanya memandang sepi kelakuan ayah masa itu hati dah sayu untuk ditinggakan..* T_T

Bila kembali semester dua saya dapat rasakan erti rasa "susah" .. perlu  angkat beg yang agak berat ke tingkat tiga. kemas-kemas bilik, angkut barang-barang di dalam stok dll.. 

------------------------

Minggu lepas beli majalah solusi edisi 65 agak menyentuh hati dengan pengisian yang beertajuk :

"Sementara Ayah Masih Ada"

-----------------------------

"Alhamdullilah, saya berjaya ke universiti"

Luah seorang anak. Ibu segera memeluknya erat. Air matanya gugur kegembiraan. Sebaliknya , ayah masih bersuara diam tanpa suara.

Tidak lama, dengan perlahan dia bertanya, "Berapa biaya yang diperlukan untuk ke sana?"

Itulah ayah. Dia semacam kaku menuturkan bahasa kasih sayang dan cinta. Ayah berbicara bukan dengan perkataan, bukan juga dengan lisan. Tetapi dengan "tanggungjawab". Bahasa cinta auah ialah dukungan dan pembelaan...

Ayah bukan tidak punya cinta, bukan juga tidak punya rasa gembira. Tetapi jangkauan cinta ayah nun sudah beberapa langkah di hadapan. Ayah terlalu sibuk mencongak perbelanjaan. Bahasa cinta ayah melalui tindakan.

Pada anak-anak yang masih punya bapa, hargailah dia sewajarnya. Sebesar mana pun kelemahan dan kekurangannya, lebih besar lagi jasa dan budinya. Dialah yang Allah pilih untuk menjadi ayah kita. Pilihan Allah, tidak pernah tersalah. Dia yang terbaik untuk kita dan kita yang terbaik untuknya..

Sekalipun pahit yang diberi ayah, pahit itu hakikatnya adalah ubat yang merawat. Sekalipun pedih, itu bukan benci. Itu kerana ayah punya cara sendiri dalam mencintai kita.. Bahagianya, sering tidak diucapkan. Pujiannya jarang diluahkan. Kebanggaannya ada kalangan tidak bersuara..

Anak, bersyukurlah kepada Allah dengan mengasihi ayahmu... Selagi ayahmu masih ada..

---------------------------------- 

Buat peringtan khusus buat diri ini terutamanya, jom sama-sama kita tajdid balik niat kita datang belajar masuk universiti ini kenapa... Pejam mata rasai dengan hati dan lafazkan :

"Demi Lillahi Taala aku berada disini.. InsyaAllah..."

Ketahuilah, dahulu disaat kita gembira mula menerima keputusan dapat memasuki mana-mana pusat pengajian si ayah sudah kalut mencongak perbelanjaan.. Jadi, adakah kita ditempatkan di sini hanya untuk berbahagia dengan kawan-kawan berbelanja sana berbelanja sini.. sibuk berkepit dengan "buah hati" yang belum halal tu ke sana ke mari..

Kita ditempatkan disini bersebab.. Allah telah memilih kamu untuk berada di sesuatu bidang itu bersebab... Tiada sebab lain melainkan untuk berbakti pada ummah kelak.. Si ayah sanggup melepaskan anak perempuannya jauh dari mata demi untuk melihat kejayaan menjadi milik kita jadi sanggupkah kita buat sesuatu yang tidak sepatutnya dibelakang dia.. Allahu~~ T_T

Selagi ayah masih ada, selagi itu kita masih punya waktu untuk berbakti padanya.. Jangan sampai bila ajal menjemputnya kita masih belum punya apa-apa bakti padanya.. dan pada saat itu tangisan dan air mata tidak akan mampu lagi mengembalikannya..

Marah tanda sayang.. 
Tegas kerna kasih...

Itulah sifat seorang ayah... ^_^



















Tuesday, 4 February 2014

Jodoh Itu Rahsia Allah..


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Lama sudah tidak menulis di blog sendiri meskipun sekarang sedang bercuti sebulan dan cuti dah pon nak habis dah.. Alhamdullilah saya datang untuk menulis.. Baru ada tajuk untuk menulis bila lihat "biah" di fb sekarang penuh dengan gambar-gambar pernikahan..
 
insyaAllah tajuk entri kali ini ialah 
JODOH ITU RAHSIA ALLAH.. ^_^



jom renung sepotong ayat Al-Quran Surah Adz Dzariyaat :

 "Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah." (Ayat 49)



Allah ciptakan kita, lelaki dan perempuan itu saling berpasangan tetapi tidak lain tidak bukan adalah untuk saling mengingati kebesaran Allah.. 

Terikat baitul muslim kerana jodoh..
Bertemu jodoh kerana cinta..
Lahir cinta kerana fitrah..
Fitrah itu kerana telah ditetapkan Allah...

Cinta itu fitrah yang telah ditetapkan Allah..  Sememangnya cinta itu terjadi kerana mematuhi kehendak Allah.. Jadi kesempurnaan cinta kepada seseorang adalah kerana ALLAH.. Bila kita mencintai seseorang kerana Allah semata-mata.

Kenapa saya katakan diawal tadi "biah" di fb sekarang penuh dengan gambar-gambar pernikahan kerana sekarang nie musim cuti sekolah sempena tahun baru cina maka bermulalah musim membina "masjid".. subhanaAllah, ramai sudah telah mengakhiri zaman "single" dan kini telah "berdua".. 

Barakallah akhi !! Barakallah ukhti !! Semoga baitul muslim yang terbina akan mengembangkan lagi usaha dakwah kalian pada ummah..

dan pada masa ini ramailaa akhawat mula timbul satu perasaan cemburu mengindamkan perkahwinan juga, ingin berumahtangga diusia muda seperti orang lain meskipun belum punyai kesediaan... Tengok orang mendirikan baitul muslim, secara fitrah akan lahir jua satu rasa keinginan itu pada setiap manusia... kerana itu adalah fitrah.. 


Cemburu Melihat Orang Lain Bernikah Awal ...

Yeaa.. harus diakui cemburu bila melihat sahabat-sahabat sebaya atau yang bawah umur daripada kita sudah mula mengerakkan langkah membina baitul muslim ... 

"Haishh, cemburunya tengok gambar dia kawen nie rasa nak kawen jugak laa"
"Seronoknya tengok dia dapat kawin awal, untungnya dia"

Seronok ? Seronok itu hanya ucapan yang zahir yang bisa kita ungkapan sedangkan di dalam sesebuah pernikahan terselit beribu tanggungjawab yang bakal di pikul saat lafaz sakinah dilafazkan.. Namun adakah kita fikir di sebalik seronok itu akan tanggungjawab yang bakal kita hadapi ??

Berkahwin awal vs Bersediakah diri kita ?

Terkadang kita terlampau memikir soal jodoh.. terlampau memikirkan inginkan sebuah perkahwinan di usia yang muda menyebakan bila hati dicuit sedikit dengan kata-kata oleh si bergelar "ustaz fb" hati terus cair macam aiskrim.. 

Ustaz fb :
Assalamualaikum, ukhti boleh berkenalan?

Ustazah fb:
*check fb dia dulu* waaa~~ pakai jubah, pakai serban kena reply mesej nie..

hati mula berbunga-bunga
"mungkin dia ini adalah jodohku"
"alhamdullilah, si pemilik rusukku telah tiba"

Semudah itukah kita menjemput jodoh... Bagi saya lelaki yang ikhlas menginginkan kita menjadi pemilik hatinya tidak akan lakukan benda-benda yang melanggar syariat contohnya berhubung untuk sesuatu yang tidak penting dan bukan atas dasar urusan..

kawan saya pernah pesan pada saya : 
"ana umur kita dah 20an dah... sekarang kita kena serius dah bab-bab jodoh ini"

Serius yang bagaimana ? dengan couple ? Mengikat sebuah hubungan yang haram, hanya akan membuka hati kita untuk menerima cinta kepada yang tidak sepatutnya.. Samalah, seperti gula-gula yang telah terbuka dari plastiknya dihinggap oleh semut.. Dan ketika sedang menjalin hubungan tanpa ikatan dengannya, kita sibuk menzahirkan cinta, meluahkan sayang kepadanya, kerana ketika itu, hidup kita hanya untuk membahagiakannya. Dimanakah letak ALLAH ketika itu? Dimana ?

Pada saya bukan mengikat jodoh dengan couple supaya jodoh tidak lari tetapi dengan membuat persedian.. Sekarang adalah masa untuk menjadi bukan lagi masa untuk mencari.. Menjadi yang terbaik terlebih dahulu kerana jika inginkan yang si jodoh yang baik InsyaAllah , Allah pasti akan hantarkan yang baik jua..



Cinta selepas kahwin itu indah. Kerana apa yang haram untuk dibuat, halal untuk kita lakukan terhadapnya. Simpan diri untuk yang halal. Bila hati diuji kerana fitrah, peganglah pada prinsip: ‘hati itu ibarat gula-gula... Wanita, peliharalah cintamu untuk yang halal. Memendam itu berjihad. Tidak perlu bercouple untuk melampias fitrah. Kita wanita, senang menuju ke syurgaNya.. InsyaAllah...
Jodoh itu Rahsia Allah..

Ada orang cepat jodohnya..
Ada orang lambat jodohnya..
Ada orang jodoh hanya sekerat perceraian mula timbul..
Ada orang jodoh hanya setahun kematian menjemput...
Ada orang tiada bertemu jodoh sehingga kematian datang..

Setiap orang itu berbeza tahap jodoh masing-masing.. Kerana jodoh itu Rahsia Allah.. Cepat, lambat, sekejap dan ada yang tiada dijumpai jodoh sehingga ajal datang menjemput.. kerana jodoh dengan manusia itu belum pasti sedangkan jodoh kita dengan sebuah kematian itu teramat pasti.. Allah itu Maha Pengatur Jodoh.. Andai tiada di dunia semoga si putera agama sedang menunggu di syurga-NYA.. 

Jodoh itu Rahsia Allah.. 

Kenapa Rahsia ? Kerana Allah nak bagi kejutan pada kita kita tertanya-tanya, siapakah jodoh kita nanti.. Tapi sebelum tiba masanya, selagi itulah ia kekal menjadi sebuah rahsia sehingga saat lafaz sakinah dilafazkan.. 

Kenapa Rahsia ? Kerana Allah nak kita persiapkan diri secukupnya sebelum jodoh itu sampai.. Selagi ada masa yang disediakan Allah untuk kita, mari kita tambah ilmu di dada secukupnya.. Persediaan untuk melangkah ke alam itu hendaklah dengan ilmu dan iman yang benar kerana setiap pasangan itu pasti ada ujian dan halangan yang tersendiri.. Hanya ilmu dan iman akan menjadi benteng untuk menghadapinya..

Jika mahu mendapatkan yang soleh,kurangkan agenda MENCARI tetapi berusaha MENJADI si solehah..
Jika inginkan yang solehah, janglah cerewet MENCARI yang solehah tetapi berusahalah MENJADI si soleh..

Ya Allah temukanlah kami kepada cinta yang membawa kami kepada cintaMu...
Ya Allah jadikanlah kerinduan kepadaMu lebih kami rindui dari yang selainnya..
Ya Allah peliharalah kami dalam kerahmatanMu dan KeampunanMu yang tidak pernah bertepi..Allahumma Ameen ya Rabb..


Jodoh itu rahsia Allah.. Cepat atau lambat, ia akan sampai juga kepada kita apabila tiba masanya. Usah terburu-buru. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. =)



Buat yang telah membina baitul muslim barakallahu lakuma diucapkan.. semoga kalian sentiasa saling menyayangi kerana Allah..
dan

Buat yang masih single jangan risau kalian jugak berhak untuk mengejar cinta iaitu cinta dari Allah..

wallahua'lam.. 

maaf panjang plak menulis pagi nie.. ^_^ 


2.02 a.m
4/2/2014
4 Rabiulawal 1435H