Alhamdullilah !! Allah sentiasa hantarkan pengalaman dan orang-orang yang hebat dalam hidup ini... Berat meninggalkan majlis ilmu di masjid muhammadi tapi Allah ganti majlis ilmu di dalam kereta dengan 2 orang akhawat lagi semasa ke Machang... dan Allah mentarbiyyah diri ini dengan cukup hebat hari tu..
Meninggalkan program di Masjid Muhammadi untuk ke sini, Machang yang ambik masa dalam 1 jam lebih dari bandar Kota Bharu... mulanya agak berat hati nak tinggal majlis ilmu di sana tapi Alhamdullilah Allah ganti dengan hantar tarbiyyah melalui pengalaman ini... Perjalanan 1 jam lebih ke sana dengan 2 orang lagi akhawat kak Asma Suardi dan kak Sue AL-zahra dipenuhi dengan ilmu juga.. saling-saling bertukar pendapat dan pandangan mengenai Dakwah dan Tarbiyyah !! sungguh banyak ilmu yang saya dapat kutip...
Walaupun agak tersesat pada mulanya untuk mencari rumah ini namun Alhamdullilah dapat jumpa jua..
bila ditanya ;
"kalau kami bawak makcik pergi beli barang dapur nak tak?? "
"apa barang dapur takde kita pergi beli??"
dengan titisan air mata dia jawab :
"barang dapur takdop.. beras pon takdop"
"makcik x rajen mintak dengan orang.. biar susoh pon.. makan wt mana ado"
"kijo noreh getoh time tak hujan tak polaa bulih laa dalam RM 50 seminggu kalu time hujan gak takdop laa"
saat itu ketika itu ana tak dapat lagi tahan daripada air mata terus mengalir... Allah ~~ t_t
Bila bawa si anak ke pasarraya di bandar Machang untuk beli barangan dapur, masuk pintu pasarraya dah mula di jual baju-baju raya...
kak sue tanya :
"dah beli baju raya tahun nie ??"
dengan senyuman dia jawab "pakai yang tahun lepas jeaa" *kak sue mengalirkan air mata*
# Allah !! Allah !! Allah !! T_T Kami meninggalkan rumah ini dengan satu misi untuk membaiki rumah mereka.. Jadi, buat kita yang hidup dalam keadaan yang cukup bersyukurlah dengan apa yang kita ada.. Sentiasalah lafazkan Alhamdullilah tapi jangan di bibir sahaja tetapi di hati dan perbuatan jua...
"Sesiapa yang menghilangkan kerunsingan saudaranya, Allah SWT akan menghilangkan kerunsingannya di akhirat kelak.." - Maksud Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Sesungguhnya yang disedekahkan itulah duit kita yang sebenar.... Jadi, jangan pernah takut untuk menginfaqkan duit kita kepada orang lain walaupun dalam kuantiti yang sedikit.... Alhamdullilah, semoga Allah berkati kalian yang telah menghulurkan sumbangan... Allahuma ameen !!
"Dan ingatlah ketika Rabb kamu berkata: sekiranya kamu bersyukur, maka akan Aku tambah(nikmatmu), dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab Aku amat pedih." Surah Ibrahim ayat 7
Alhamdullilah wa syukurillah...
Yakin dengan Allah pasti pertolongan dari-NYA akan sampai... saat ini pungutan sumbangan telah mencapai RM 1000 lebih hasil sumbangan sahabat-sahabat Fb yang baik hati... Alhamdullilah !! InsyaAllah.. hasil sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk membaik pulih rumah ini yang dihuni oleh seorang ibu tunggal bersama 4 orang anak yang masih bersekolah.. Hampir seluruh papan rumah telah dimakan anai-anai dan hampir roboh.. Pembaikan rumah ini amat memerlukan kos yang tinggi...
Jadi, buat sahabat yang baik hati yang yang mahu turut serta membantu menghulurkan sumbangan, boleh PM ana... Sumbangan RM1 juga kami terima... Mohon bantu sebarkan pada sahabat-sahabat ya..
Jadi, buat sahabat yang baik hati yang yang mahu turut serta membantu menghulurkan sumbangan, boleh PM ana... Sumbangan RM1 juga kami terima... Mohon bantu sebarkan pada sahabat-sahabat ya