Tuesday, 25 June 2013

MATI itu PASTI....

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Di sini tempat kita nanti...
dari tanah kita datang kepada tanah jua kita akan dikembalikan nanti~~

Kebelakangan ini ramai hamba-hamba Allah telah kembali ke rahmatullah... Hati sangat tersentuh sehinggakan air mata kadang-kadang laju mengalir apabila membaca setiap cerita-cerita dan kisah-kisah hidup mereka yang telah meninggal... Sungguh indah hidup mereka.. Hidup yang penuh dengan DnT... Dakwah dan Tarbiyyah !!

Sedih !! Kagum !! Cemburu !! Meskipun tidak mengenali mereka dunia nyata namun hati bagaikan terasa dekat apabila membaca kisah mereka... Pelbagai perasaan  mula timbul bila membaca kisah-kisah mereka.. Kehidupan mereka penuh dengan mengabdikan diri pada Allah dalam melakukan gerak kerja dakwah... 

Sedih, kerana pengakhiran hidup mereka tersangat tragis berlaku hanya dalam sebuah kemalangan...  Dalam tahun ini ana ada baca 3 buah kisah 2 orang akhwat dan seorang ikhwan yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya... Mereka masih muda... Allahu~~ Sungguh MATI itu PASTI.. Ia tidak pernah mengenal berapa umur kita....

Ana kagum dengan mereka kerana sebelum ajal menjemput hidup mereka penuh dengan dakwah dan tarbiyyah.. Seorang akhawat, arwah Hajar sebelum meninggal sempat merasa ujian sakit yang agak teruk... Namun, bagi arwah sedikit pun ia tidak mengeluh dengan kesakitan itu malah menganggap ia sebagai ujian dari Allah untuk menghapus dosa-dosanya... Pengakhiran mereka sungguh baik...  Mereka pulang kepangkuan yang Esa dengan ucapan dua kalimah yang Agung... Mereka insan istimewa di sisi Allah.. Bukankah kalimah itu diucap dengan amalan ?? Sudah tentu dia punyai hubungan istimewa dengan Sang Pencipta.. 


Ana cemburu dengan mereka... sungguh ana teramat cemburu... Ana pernah membaca status-status fb  hamba Allah yang telah dijemput Allah buat selamanya.. Penuh wall fb arwah dengan ucapan takziah dari sahabat-sahabat..  Ini menunjukkan mereka sangat dikasihi oleh sahabat-sahabatnya... Satu post yang membuatkan diri ini termenunung seketika dan amat terkesan di hati bila ada seorang sahabat fb arwah bagitahu :

" Kesedihan ini bukan bermakna aku tidak redha dengan pemergianmu, tapi aku tertunggu bilakah pula ajalku... Allah...Allah...Allah..." 

Alhamdullilah,.. status-status arwah di fb tak pernah lelah mengajak pada kebaikkan... Teringat akan pesan Ustaz Hasrizal di Fb nya :
"Pastikan setiap status update, sesuai menjadi status perpisahan kita"

----------------------------------------------------------------------

Setiap manusia akan menghadapi hari kematiannya, baik cepat atau lambat. Ana terdetik di hati, sentiasa, tentang bagaimana pengakhiran hayat ana nanti. Semua mengimpikan untuk dimatikan dalam khusnul khatimah, moga-moga Allah makbulkan doa hambaNya untuk pengakhiran yang baik. 

Hidup ini sementara. Begitulah umur yang Allah pinjamkan. Usia muda tidak bererti esok masih ada untuk kita, belum tentu kita sampai ke tua. Beringatlah, gunakan usia sebaiknya.

  

كُلٌّ نَفسٍ ذَائِقَةُ الْمَوت 
Setiap yang bernafas pasti akan merasai mati.. 

Sungguh. Kematian itu sangat dekat. 

Firman Allah Taala yang bermaksud: "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya." 
 (Surah Al-A'raf: ayat 34) 

 Buat yang kehilangan orang tersayang, ana faham ianya bukanlah umpama patah tumbuh hilang berganti ana juga kehilangan insan tersayang, arwah mak..Tahun nie dah masuk 6 tahun pemergian arwah mak..  Meskipun sudah lama namun ada saja sisi-sisi ana sangat merindui arwah mak... Teramat merinduinya tambah lagi bila hampir bulan Ramadhan dan Syawal... Allah !! Allah!! :'(



Moga Allah permudahkan. Ingatlah mereka dalam doa, simpanlah memori mereka kemas dalam hati, moga di akhir kembara kita di dunia, kalian akan bertemu semula di JannahNya, Insya Allah :') 

Allah lebih menyayangi mereka.. Al-Fatihah buat arwah mak dan mereka yang telah kembali ke rahmatullah. Moga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. 

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un...
 انّا للہ و انّا الیہ راجعون
























Thursday, 13 June 2013

Kisah Cinta Hassan Al-basri


Alhamdullilah, pagi nie sempat melihat rancangan Bismilah kat tv3 pukul 6 pagi.. dan yang amat menarik ustaz ada menceritakan kisah cinta Hasan Al-Basri sebelum menjadi ahli sufi.. Kisah cinta yang penuh tragis membuatkan diri ini terpanggil untuk berkongsi kepada antum semua disini..
---------------------------------------------------------

Pada suatu hari Hassan Al-Basri sebelum menjadi ahli sufi berjalan-jalan di suatu tempat tiba-tiba dia terpandang akan seorang wanita yg memiliki sepasang mata yg indah.Beliau juga seorang ahli sufi.

Diikutinya wanita itu.

”Wanita tadi bertanya kenapa engkau mengikuti ku”.

Hassan Al-Basri kemudian memberitahu bahawa di mencintainya.

Lantas wanita itu bertanya “Apakah yg membuatkan engkau tertarik kepada diriku”.

Kemudian Hasan Al-Basri mengatakan bahawa dia terpukau melihat keindahan mata yg dimiliki oleh wanita itu.

Wanita itu kemudian berkata “Akan ku tunaikan hasrat hatimu”

Tidak lama selepas peristiwa itu, datanglah seorang utusan bersama sebuah dulang yg ditutup dengan sehelai kain menyampaikan perutusan tersebut kepada Hassan Al-Basri. 

Hasan Al Basri bertanya, Siapakah engkau??

Wanita itu memjawab, "Aku adalah utusan dari wanita yang engkau jumpa pada tempoh hari dengan membawa hantaran ini"...

Alangkah terkejutnya dia melihat sepasang mata terdampar layu di atas dulang itu.

Hasan Al-Basri bertanya, Dimanakah wanita itu?? aku ingin memohon maaf kepadanya...

Wanita itu menjawab, wanita itu telah meninggal dunia...

Betapa wanita sufi itu takut kasihnya kepada Allah berkurang kerana dia memiliki sepasang mata yang mampu meruntun hati seorang lelaki. Namun, Allah lebih menyayanginya, wanita itu telah pun pergi buat selama-lamanya....

Dengan takdir Allah ,Hassan Al-Basri bertemu dgn wanita tersebut dalam mimpinya.Wanita itu berkata dia telah pun memaafkannya dan menyeru Hassan Al-Basri agar mendalami ilmu agama….

----------------------------------------------


Allah tidak pernah menyuruh manusia memperlakukan sebegitu rupa namun atas dasar cinta kepada Allah yang amat sangat wanita itu sanggup kehilangan matanya.

Mendengarkan kisah ini, diri ini terfikir dimanakah ana  meletakkan cintaku kepada Allah.
Sesungguhnya Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan dan rasa cinta itu lahir juga atas izinNya.

Mengetahui kisah ini juga, betapa wanita itu telalu menjaga diri.. Hanya kerana dipuji mata yang cantik dia sanggup kehilangannya kerana takut akan kehilangan cinta Allah...

TAPI !!!!!!!!!!!!!!!!!

Bagaimana pula dengan kita wahai muslimah, semakin dipuji ehhh semakin banyak pulak dia upload gambar kat fb laa, kat twiteer laaa.. macam-macam lagi laaa...

kononnya, keindahan yang Allah bagi kena laa tunjuk even berpurdah... upload gambar terlampau dekat nampak mata 2 bijikk tu... aduhaii~~

apakah???? =="

Jadilah wanita yang terpelihara kerana memelihara yeaa muslimah kerana dirimu begitu berharga... yang tersembunyi itu jauh lebih indah dari yang di didedahkan pada umum.. 

"Permata yag terdedah sering dilihat orang manakala permata yang tersembunyi sangat sukar dilihat. maknanya permata yang tersembunyi itu sangat tinggi nilainya berbanding permata yang terpamer... "

Jadi, fikir-fikirlah wahai antunna...





Wallahua’lam... ^_6








Wednesday, 12 June 2013

Ukhuwah Semanis Kurma


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Alhamamdullilah wa syukurilah dengan izin dari Allah program Tautan Mahabbah Muslimah 2.0 berjaya dilangsungkan oleh #TeamHijrah [Kelantan] dengan jayanya..  Alhamdullilah.. program yang dirancang dalam masa yang singkat telah berjaya!! Semua ini adalah restu daripada Allah Yang Maha Esa serta ibubapa pihak peserta juga keinginan para peserta bersatu hati.

Setiap yang bermula pasti akan berakhir.... Itulah yang dinamakan program! Namun permulaan ukhuwah kita tanpa paksaan, maka pengakhiran ukhuwah kita perlukan kerelaan & keredhaan... moga ukhuwah yang terbina ini til Jannah... amenn...

sayonara jahiliah... ahlan wasalam TARBIYAH!! ... 

---------------------------------------------------



Masih hangat di jiwa...
Saat ku jabat mesra tanganmu..
Saat ku peluk erat tubuhmu..
Saat kita saling mendoakan...
Seusai kita berjemaah bersama...
Seusai kita bersama-sama membaca al-mathurat di tepi pantai..
Masih ingatkah?



Tersenyum sendirian..
Mengingatkan kita menjalinkan ukhuwah yang terjalin ini....
Di talam yang mengeratkan jalinan...
Santapan penuh berkat ku kira...
Rehlah di pantai yang membiru..
Yang mengukir sejarah bahagia...
Dalam kamus hidup ini...




Hati berbunga rindu...
Mengenangkan bulatan gembira..
Dimana hati-hati ini berkumpul keranaMu..
Disaat air mata jatuh berderai keranaMu..
Disaat diri menginsafi khilaf terdahulu..
Usrah yang penuh mutiara ilmu di dalamnya...


Inilah jalinan kerana-MU Ya Allah..
Halawatul ukhuwah yang membahagiakan..
Halawatul iman yang terbit darinya...
Pinjaman dari-MU yang cukup indah...

---------------------------------



Ya Allah,
Kukuhkan ikatan antara kami semua..Kuatkan hati dan jiwa kami untuk sentiasa berjuang di jalan-MU..Teguhkan iman kami semua ya rabb…Ikhlaskan hati kami dalam beramal pada-MU…

Ya Allah,
Semoga apa yang Engkau telah hadirkan mereka dihadapan ku ini merupakan jalan terbaik bagi diriku untuk mendekatkan aku kepada-MU..Jagalah ukhuwah ini sampai di akhirat kelak ketika kami berjumpa di Jannah-MU... ameen..


Ya Allah ya Rabbi,
Sungguh Tiada kata yang terindah selain "Alhamdulillahirabbil'alamiin"..
Allahu Akbar !! 



"Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah" 

(HR Abu Daud dari Barra’)




- Garapan khusus buat insan-insan tersayang, uhibbukum fillah :)