Bismillahirrahmanirrahim...
Bagaimana para srikandi sekalian?
bolehkah budaya ini?
adakah benar budaya ini?
walau hanya di alam maya,
dimana malumu wahai muslimah ??
Kita manusia biasa yang dikurniakan nafsu dan cinta. Allah menciptakan rasa cinta dan nafsu bersama-sama dengan batas pergaulan buat hamba-hamba Nya kerana Dia tahu apa kelemahan dan kekuatan yang terletak tiap pada ciptaan-Nya.
Lelaki yang soleh..
Takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut.. Andai tiada di dunia pasti bidadari syurga yang akan menanti
Wanita solehah yang cantik kerana akhlak & budi pekertimu..
Jangan sekali-kali kau gadaikan segala apa yang Allah telah kurniakan untukmu hanya untuk menarik perhatian lelaki-lelaki diluar sana. Mahkota kau hanya satu. Hanya satu untuk dipelihara dengan sebaiknya! Dirimu bukannya bahan tontotan ramai lelaki untuk penyedap nafsu. Dirimu hanya untuk seorang lelaki! Seorang lelaki yang bergelar suami.. Simpanlah ia sebaik mungkin..
Jika ana salah, mohon dibetulkan, tegur diri ini.. sekadar berkongsi apa yang dirasakan kini..moga Allah redha dengan perkongsian ini...insyaAllah.. Allahuma Ameen~